Realtime website trackingweb stats

Irfan Khairi cerita pasal Digital ID di Dubai “Waktu cucuk microchip kat leher sakit dua tiga hari”, baca sampai habis

Oleh SHAZLIN AZIZ

Bahaya juga DIGITAL ID ni!

Sejak dua menjak ni, ramai yang tanya saya mengenai Digital ID. Maklumlah, sekarang ni di Malaysia ramai yang takut-takut mengenai Digital ID.

Sebabnya, kat Dubai dah lama dah digital ID di implementasikan.

Saya pun dah lama guna Digital ID di Dubai. Tapi…

Tak ada apa pun yang perlu ditakutkan, selain ketika nak masukkan Digital ID mereka perlu inject microchip di belakang leher.

Masa tu je sakit 2-3 hari.

Tapi lepas tu OK je bila dah tanamkan microchip tu. Kalau saya sentuh belakang tengkuk ni, memang boleh rasa la microchip tu.

Selain itu, digital ID banyak memudahkan urusan.

Dan terkini baru je diumumkan oleh kerajaan sini, mulai tahun depan, nak keluar negara dah tak perlu bawak passport dah untuk keluar Dubai.

Immigration/counter check in semua dah tak perlu jumpa dan tengok passport.

Cuma nak masuk Malaysia, kena la ada passport. Nak keluar je tak perlu di Dubai sebabkan digital ID.

Contoh lagi, banyak urusan-urusan di kaunter2 kerajaan telah dimudahkan.

Tak perlu nak beratur atau ambil angka giliran. Banyak boleh dilakukan dari rumah melalui app sahaja.

Seperti bulan lepas, bila saya nak renew lesen perniagaan saya, saya dah tak perlu ke “SSM” di Dubai.

Boleh dilakukan melalui app sahaja.

Jimat banyak masa sejam dua nak bawak kereta, redah jam, cari parking, ambik angka giliran, jumpa habibi Arab kat counter yang tak nak senyum…

Dan kalau tak cukup document, dahhh kena ulang semua tu balik.

Digital ID di Dubai, mengurangkan banyak urusan paperwork telah di minimakan.

Memudahkan urusan perniagaan. Tapi ni sekadar kongsi pengalaman yang digital ID Dubai punya.

Tentunya digital ID ni ada baik dan buruknya. Lain kali saya citer keburukan pula.

Tapi yang kena inject microchip masuk kat belakang leher tu, saya gurau jee… mana adaaa.

Saya gula-gula jeee…. nasib baik anda baca sampai habis.

Kalau tak, tak pasal-pasal esok MStar keluar article kata “Irfan Khairi dakwa kerajaan perlu microchip dalam leher untuk Digital ID”

Haaa… yang ni tak main-main.

Baca:

Kami tak ada benci atau suka satu sama lain”-Jovian bercerai dengan anak Ismail Sabri

Kerana seekor burung, jet pejuang Korea Selatan ditamatkan khidmat, kos baiki hampir RM500 juta

Sempat hantar video kepada keluarga, wajah pendaki wanita ini penuh debu dan sesak nafas sebelum rebah