Iqbal sudi terima Inspektor Sheila, ada formula lembutkan yang garang. Sesi soal jawab (Q & A) yang dilakukan penyanyi dan usahawan Iqbal Zulkefli di Instagram Stories miliknya baru-baru ini, berjaya mencuri perhatian wargamaya.
Sudi berkahwin
Menerusi sesi soal jawab tersebut, Iqbal menerima pertanyaan daripada pengikutnya yang bertanyakan apakah dia sudi untuk berkahwin dengan seorang anggota polis yang dikenali sebagai Inspektor Sheila.
Menjawab kepada pertanyaan itu, Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli berkata tidak salah untuk dia mengenali anggota polis tersebut.
Malah, dia berpendapat dengan kehadiran Inspektor Sheila dalam hidupnya dapat menghilangkan rasa sunyi.
Bak kata Inspektor Sheila, tak kenal maka tak cinta. Netizen pun suka ya usik-usik ni. Bolehlah, saya pun sunyi. Boleh dengar ceramah setiap hari.
Saya rasa beliau tidak garang seperti kita tengok di media sosial. Kalau betul garang, saya boleh lembutkan Inspektor Sheila.
Terdahulu, satu posting yang dimuat naik Inspektor Sheila di laman Facebook miliknya menarik perhatain netizen apabila dia mahu mencari calon suami.
Nama Inspektor Sheila mula menjadi sebutan selepas tular video dia memarahi anggota dibawahnya serta beberapa orang awam.
Bagaimanapun, Inspektor Sheila mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut selepas dihadapkan ke mahkamah tempoh hari.