Inspektor Sheila ajak lelaki kawin dengannya, netizen tanya pangkat rendah boleh ke? Sesiapa yang berminat untuk berkahwin dengan Inspektor Sheila boleh mencuba nasib dengan membalas hantarannya di Facebook sebelum 1 Julai.
Menurut Inspektor Sheila di laman Facebooknya, dia sedang mencari teman hidup tanpa mengira umur, agama, bangsa dan kerjaya.
“Ada sesiapa yang ingin berkahwin dengan saya? Jangan lupa, tinggalkan pesanan anda di ruangan komen.
“Kita akan keluar berjanji temu terlebih dahulu untuk mengenali satu sama lain,” katanya.
Selain itu, Inspektor Sheila juga berkata lelaki tersebut perlulah menepati ciri-ciri yang ditetapkan olehnya.
“Selepas itu, kita boleh berjumpa ayah saya untuk memohon restu.
“Semua orang boleh mencuba. Jadi, tunggu apa lagi? Tulis ‘ya’ dalam ruangan komen sebelum 1 Julai ini,” katanya.
Kini, hantaran tersebut telah menerima 785 tanda suka dan 722 komen.
Meninjau ke ruangan komen, ada beberapa lelaki yang berani mencuba nasib dan meninggalkan komen ‘ya’ di dalam hantaran tersebut.
“Semoga Tuhan merahmati kamu, inspektor. Saya akan doakan kejayaan anda. Saya suka dengan anggota polis wanita yang telus,” kata seorang pengguna.
“Inspektor Sheila sangat berani. Saya suka sikapnya yang berterus terang dan lantang, tidak takut kepada sesiapa,” kata Guru.
“Kenapalah saya tak ‘single’ lagi,” kata seorang pengguna lain.