Realtime website trackingweb stats

Inspektor Polis wanita yang tular maki anggota bawahan buat hal lagi

Oleh ADINDA

Inspektor Polis wanita yang tular maki anggota bawahan buat hal lagi

Tak selesai kes maki anggota bawahan, wanita didakwa pegawai polis percubaan kembali lagi viral maki orang awam pula.

Seorang pegawai polis wanita yang menghina anggota polis pangkat bawahan pada Khamis lalu tular sekali lagi apabila mencetuskan kekecohan di parkir sebuah pusat beli-belah.

Ia susulan video yang berdurasi seminit 30 saat tular di media sosial apabila wanita yang dikenali sebagai ‘Inspektor Shiela’ memarahi individu yang dipercayai orang awam ketika mahu meletakkan kenderaan.

Menerusi video tersebut dia telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, seolah-olah menghina individu berkenaan.

“Parking besar-besar macam ni, dia buka pintu kereta dan menjerit… hoi kemudian dia kata saya gila. Ini orangnya.

“Cantik you (awak) ini. I (saya) suka you. Ini adalah pakaiannya, sangat cantik, anak-anak muda patut tiru gaya dia. Seksi,” jeritnya lagi.

Orang awam tersebut juga kedengaran cuba untuk melawan namun pegawai kanan itu terus menjerit ke arahnya.

“Apahal kau ini? Did you just literally harassed me right now? Go away,” katanya sambil meminta pegawai berkenaan untuk beredar dari kawasan parkir tersebut.

Tindakannya yang menimbulkan kekecohan telah menyebabkan rata-rata netizen berasa tidak berpuas hati dan mahu tindakan tegas diambil terhadap wanita itu.