Realtime website trackingweb stats

Ini yang bakal berlaku pada tubuh badan bila usia mencecah 40 tahun

Oleh FATIN AQILAH

Anda mungkin masih kelihatan cantik dan bergaya pada usia 40 tahun, tetapi keadaan dalaman tubuh anda mungkin berbeza.

Pada usia ini, tubuh akan melalui fasa perubahan atau, lebih tepat lagi, keadaan tubuh semakin merosot,

Dan kebanyakan perubahan ini akan dapat dirasai oleh individu itu sendiri.

Berikut adalah 9 perubahan tubuh yang akan dialami apabila memasuki usia 40 tahun.

1. Deria rasa berubah

Ini yang bakal berlaku pada tubuh badan bila usia mencecah 40 tahun
Ketika dilahirkan, manusia dikurniakan lebih kurang 9,000 reseptor rasa. Namun bila usia bertambah jumlahnya akan berkurang dan kita kehilangan beberapa sensasi rasa. Boleh jadi kita kehilangan deria rasa masin, manis, pahit atau masam.

Biasanya perubahan ini berlaku lebih awal pada kaum wanita berbanding lelaki. Tapi perubahan ini bukanlah bermakna selera kita juga berubah cuma deria rasa kita saja jadi kurang tajam.

2. Sistem imun tubuh semakin kuat

Pada usia 40 tahun, tubuh akan menerima serangan virus dalam kadar yang lebih banyak berbanding usia sebelumnya. Namun begitu disebabkan sistem imuniti tubuh semakin kuat, kita akan jarang sakit.

Bagi mengekalkan dan meningkatkan sistem imun ini digalakan menjalani gaya hidup sihat, menjaga pemakanan dan bersenam selain mengurangkan tahap stres.

3. Deria pendengaran dan penglihatan kurang jelas

Rasanya ramai kalangan mereka berusia 40-an merungut tentang perkara ini. Sebabnya pada usia, deria penglihatan mula akan mengalami masalah atau lebih tepat kabur. Mungkin mengalami masalah rabun dekat atau jauh. Boleh jadi juga rabun warna.

Selain penglihatan, pendengaran juga akan mula terjejas pada usia ini kerana berlaku perubahan struktur membran dan telinga bahagian dalam.

4. Tapi keyakinan diri bertambah
Walaupun penglihatan, pendengaran mungkin merosot tapi menariknya keyakinan diri mereka yang berusia 40-an ini makin bertambah.

Psikologi menyatakan wanita terutamanya lebih yakin pada diri setelah menginjak usia 40 tahun, daripada mereka yang berumur 20 atau 30 tahun.

Fakta ini membantu mereka untuk semakin menghargai diri, tidak memikirkan hal remeh dan negatif. Ini sekaligus mereka berasa lebih puas bahagia dengan kehidupan yang dijalani.

5. Tahap metabolisme menurun

Bagi anda yang berusia 40-an pasti perasan bahawa berat badan mudah naik walaupun cara pemakanan anda sama seperti anda usia 30 tahun.

Ini disebabkan metabolisme yang semakin turun dan otot-otot yang lebih cepat mengendur. Rata-rata berat badan wanita akan naik antara usia 40 hingga 55 tahun, dengan berat sekitar 6 atau 8 kg. Jadi sebaiknya pada usia ini kita perlu lebih menjaga badan dan banyak melakukan senaman.

6. Ketinggian berubah

Jika berat badan mudah bertambah, satu lagi berita yang kurang best adalah ketinggian tubuh juga mungkin berkurangan. Perubahan ini dilihat berlaku pada usia 40 tahun.

Menurut data yang dikumpulkan oleh University of Arkansas, lelaki akan kehilangan ketinggian mereka satu inci antara usia 30 dan 70, dan wanita pula kehilangan ketinggi lebih kurang 2 inci.

Bagi mempertahankan keadaan tubuh, sebaiknya makan makanan yang mengandung kalsium dan vitamin D dan jangan lupa melakukan senaman.

7. Gigi sensitif

Jika anda mengalami masalah gigi sensitif ketika usia muda, masalah ini akan kurang ketika memasuki usia 40 tahun. Sebabnya sensitiviti semakin berkurangan.

8. Intoleransi laktosa

Pada usia ini anda boleh mengalami intoleransi terhadap produk susu. Ia biasa menyerang wanita Asia, Amerika dan juga Afrika.

Pada usia ini, tahap enzim laktase yang membantu mencerna laktosa menurun secara drastik. Akibatnya susu tidak dapat dicerna hingga menyebabkan masalah dalam usus besar. Sebagai alternatif pada susu, ambillah minuman probiotik.

9. Masalah rambut

Masalah ini berlaku terutamanya kalangan lelaki. 53% lelaki mengalami kebotakan setelah 40 tahun. Bagi wanita pula, mereka mungkin mengalami masalah rambut gugur namun lebih lewat daripada lelaki.

BACA: Pening tak tahu macam mana cara beli kereta? Ini 7 proses ramai wajib ambil tahu