Kini, banyak bahan mentah dan barang dapur yang mengalami kenaikan harga, termasuk minyak masak.
Situasi ini pasti memberi kesan kepada isi rumah yang kerap memasak lauk sendiri dan perlu berjimat cermat kerana kekangan kewangan.
Jom ikuti perkongsian Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman Facebook yang berkongsi
Tips-tips penggunaan minyak masak yang menjimatkan.
1) Anda boleh menggunakan kuali anti-lekat (non-stick) untuk membuat gorengan dengan menggunakan minyak yang sedikit.
2) Apabila ‘deep frying’ makanan yang bersalut tepung, pastikan suhu minyak berada dalam julat antara 180 hingga 190 darjah Celsius
Ini ‘trick’ mudah kawal penggunaan minyak masak, satu tong boleh tahan berbulan-bulan
sebelum memulakan proses menggoreng. Ini bertujuan untuk mengelakkan tepung daripada menyerap terlalu banyak minyak.
3) Hindari menggoreng terlalu banyak makanan dalam satu masa. Semakin banyak makanan yang digoreng secara serentak, semakin banyak minyak yang diperlukan.
4) Penting untuk mengelakkan memanaskan minyak terlalu panas kerana ia boleh merosakkan minyak dan membuatnya tidak selamat untuk digunakan semula.
5) Tidak disyorkan untuk mencampurkan minyak baru dengan minyak lama kerana ia boleh mencemar minyak baru dan menyebabkannya cepat rosak.
6) Selepas digunakan, disarankan untuk menyaring, mendinginkan, dan menyimpan minyak yang hendak digunakan semula dalam bekas kedap udara. Pastikan bahawa tiada sisa makanan terampai dalam minyak tersebut.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Rupanya bukan senang nak tanam cili, tapi kalau ikut step betul