Realtime website trackingweb stats

Ini tips berkesan elak serbuk bancuhan air mengeras guna 1 bahan je

Oleh NUR KASIH

Serbuk bancuhan minuman seperti kopi, susu, teh dan perasa koko merupakan salah satu bahan yang ‘wajib’ ada di hampir seluruh rumah di Malaysia.

Cukup digemari oleh rakyat Malaysia, bancuhan minuman jenis serbuk ini juga membantu membekalkan tenaga selain rasanya yang enak dan sesuai dengan selera tempatan.

Namun begitu, pasti ramai di antara kita yang mengalami masalah yang sama di mana serbuk minuman ini boleh mengeras dan berketul sebelum tempoh tarikh luput.

Tetap masuk angin walaupun diletakkan di dalam bekas kedap udara, berikut kami kongsikan petua daripada pengguna Instagram dikenali sebagai Fasz Nadiah.

Menurut Fasz Nadiah, masalah tersebut boleh diatasi dengan penggunaan oxygen obsorber atau serbuk zat besi penyerap oksigen yang boleh dibeli di atas talian.

Ini tips berkesan elak serbuk bancuhan air mengeras guna 1 bahan je

“Pernah tak serbuk air minuman kegemaran kamu semua bertukar jadi keras? Simpan di dalam bekas kedap udara pun masih terjadi macam itu juga walhal tarikh luput lama lagi.

“Hari itu ternampak di laman Facebook orang kongsi penggunaan oxygen absorber (jenis gred makanan) ini dekat dalam bekas pelbagai jenis serbuk minuman,” katanya.

Namun begitu, orang ramai diingatkan untuk tidak menggunakan penyerap oksigen jenis gel silika kerana ia bukan jenis gred makanan dan membahayakan kesihatan.

“Nak cari, carilah jenis yang food grade seperti ini, dijamin selamat,” jelasnya sambil menunjukkan dua jenis penyerap oksigen yang sesuai digunakan untuk makanan.

Jenis penyerap oksigen dan pengering makanan yang sesuai untuk digunakan.
Jelasnya, serbuk dalam paket berwarna kuning ini sesuai diletak dalam bekas berisi serbuk kopi, koko, tepung, serbuk rempah, ikan bilis, serbuk bawang putih atau serbuk teh.

Manakala, paket berwarna hijau (food desiccant) pula sesuai digunakan untuk menjaga kesegaran makanan diperbuat daripada kekacang, biskut serta kerepek.

Baca juga: Air barli yang bagus untuk kesihatan tubuh badan yang ramai tak tahu