Realtime website trackingweb stats

‘Ini tidak adil!’ Atlet Itali tak puas hati terpaksa bertarung dengan wanita jadian

Oleh AHMAD ISMAIL

Olimpik Paris baru-baru ini menyaksikan kontroversi apabila Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) membenarkan seorang atlet transgender bertinju dengan wanita cisgender.

Seorang petinju wanita Itali, Angela Carini, terpaksa meluahkan rasa tidak puas hati dengan menjerit “ini tidak adil”

Dan melemparkan topi ke lantai selepas mengalami dua kali tumbukan kuat dari lawannya, Imane Khelif dari Algeria.

Tumbukan yang terlalu kuat itu dilaporkan jarang berlaku dalam sukan tinju Olimpik.

Pertembungan tersebut hanya berlangsung selama 46 saat selepas Carini memutuskan untuk menghentikan saingan demi ‘menyelamatkan nyawanya’.

'Ini tidak adil!' Atlet Itali tak puas hati terpaksa bertarung dengan wanita jadian

Menurut Carini, seperti yang dilaporkan Agensi, hidungnya terasa amat sakit akibat tumbukan dari lawannya yang diiktiraf sebagai wanita oleh IOC.

“Saya tidak boleh teruskan. Hidung saya sangat sakit dan saya berkata, ‘Cukup’. Lebih baik untuk mengelak daripada meneruskannya. Hidung saya berdarah selepas tumbukan pertama.

“Ia boleh jadi pertarungan terbaik saya, tetapi dalam situasi ini, saya juga perlu menyelamatkan nyawa saya.

“Saya perlu melakukannya. Saya tidak rasa takut, saya tidak pernah takut di gelanggang atau ditumbuk,” katanya.

Carini bertemu dengan ‘wanita transgender’ itu dalam kategori welterweight semalam. Angela Carini (berbaju biru) kelihatan menangis sambil diperhatikan oleh Imane Khelif, yang secara biologinya lelaki.

Sebelum ini, IOC membenarkan Imane Khelif untuk bertanding di Paris 2024, walaupun tidak memenuhi kriteria kelayakan jantina Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) di Kejohanan Dunia Wanita di New Delhi tahun lalu.

Selain itu, IOC juga membenarkan petinju Taiwan, Lin Yu-ting, untuk bertanding dalam kategori wanita di Olimpik Paris 2024. Yu-ting dijadualkan bertemu dengan pemenang antara Marcelat Sakobi dan Sitora Turdibekova dalam kategori featherweight hari ini.

Berkongsi luahan hatinya, Carini berkata bahawa dia sering bertarung dengan lelaki, tetapi kali ini dia merasakan kesakitan yang luar biasa.

“Saya selalu bertarung dengan pasukan kebangsaan dan dengan abang saya. Saya sentiasa berlawan dengan lelaki, tetapi hari ini ia sangat sakit,” ujarnya.

Selepas perlawanan dihentikan, pengadil mengangkat tangan Khelif sebagai pemenang, tetapi Carini yang berang menarik tangannya dan menjauhi lawannya sebelum meninggalkan gelanggang.

“Saya sudah biasa menderita, tetapi saya tidak pernah menerima tumbukan seperti itu. Mustahil untuk meneruskannya.

“Saya tidak berniat untuk menyatakan bahawa ia adalah sesuatu yang patut diharamkan, tetapi keputusan ini perlu dipertimbangkan oleh Olimpik sendiri,” katanya selepas pertarungan.

BACA: Pening baju putih kena dakwat pen? Ini cara mudah hilangkan kesan degil