Realtime website trackingweb stats

Ini teknik mudah cairkan santan beku, confirm tak berketul dah

Oleh NURAIMAN

Pernahkah anda menghadapi masalah santan berketul semasa memasak? Ini mungkin berlaku apabila santan yang beku digunakan tanpa cara yang betul.

Jangan risau, kami ada tips mudah untuk mencairkan santan beku dengan cara yang betul agar masakan anda menjadi lebih sempurna.

Santan sering digunakan dalam pelbagai masakan untuk memberikan rasa lemak dan enak.

Selain dalam lauk-pauk dan kuih, ada juga yang menggunakan santan untuk kek dan minuman.

Apabila anda ada lebihan santan kotak, cara terbaik untuk menyimpannya

Ini teknik mudah cairkan santan beku, confirm tak berketul dah

adalah dengan meletakkannya di dalam bahagian sejuk beku peti ais supaya ia lebih tahan lama.

Namun, jika santan beku tersebut digunakan terus untuk memasak tanpa dicairkan terlebih dahulu, ia akan menjadi berketul dalam masakan.

Selain mengganggu rasa, masalah ini juga menyebabkan kuah masakan kelihatan pecah dan tidak menarik. Oleh itu, kami kongsikan beberapa tips untuk mencairkan santan beku dengan betul supaya anda tidak lagi menghadapi masalah ini. Jom ikuti langkah-langkah berikut!

Tips Cairkan Santan Beku dari Peti Ais

1. Biarkan Santan Cair pada Suhu Bilik

Pertama sekali, biarkan santan beku cair sedikit selama setengah hingga satu jam pada suhu bilik. Cara ini hampir sama seperti proses defrost bahan beku.

2. Kisar Santan dengan Air Suam

Setelah santan beku mulai cair, masukkan santan tersebut ke dalam mesin pengisar. Tambahkan sedikit air suam (anda juga boleh menggunakan air panas, tetapi berhati-hati kerana ia mungkin merosakkan mesin pengisar).

3. Pindahkan ke Dalam Mangkuk dan Sedia Digunakan

Selepas dikisar, pindahkan santan ke dalam mangkuk dan ia sudah siap untuk digunakan dalam masakan.

Dengan menggunakan tips ini, santan beku yang sebelum ini beku keras kini sudah cair dan sedia untuk dimasak tanpa berketul.

BACA: Ini resepi roti sardin gulung, pasti tak serap minyak ketika goreng