Realtime website trackingweb stats

Ini sebabnya boleh jadi ‘nasi toksik’, doktor nasihat jangan simpan lama dalam peti sejuk

Oleh ARIF ABDULLAH

Tanpa sedar ada antara kita selamba menjamah ‘nasi toksik’ akibat menyimpan makanan itu dalam peti sejuk lebih 24 jam.

Pakar kesihatan dari Mumbai yang juga seorang penulis, Dr Dimple Jangda, berkata nasi yang disimpan lebih daripada sehari dalam peti ais boleh bertukar toksik.

Amalan menyimpan nasi yang sudah dimasak dalam peti sejuk kerana ketahanan terhadap kanji dan ada segelintir fikir, ia membantu paras kolesterol serta gula dalam darah.

Ini sebabnya boleh jadi 'nasi toksik', doktor nasihat jangan simpan lama dalam peti sejuk

Tetapi sebenarnya, Dr Jangda berkata, nasi antara bahan yang paling cepat memerangkap kulapuk dan jika dibiarkan sejuk hendaklah tidak melebihi 24 jam.

Amaran sama dikeluarkan oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) mengenai nasi yang tidak dimasak berpotensi mengandungi spora Bicillus Cereus.

Ia adalah bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Spora itu boleh hidup apabila nasi masak.

“Sebaik-baiknya, hidangkan nasi sebaik saja ia masak. Jika tidak boleh, maka sejukkan nasi secepat mungkin atau sebaik-sebaiknya dalam masa sejam.

“Simpan nasi dalam peti sejuk tidak lebih dari satu hari sehingga dipanaskan semula.

“Apabila anda memanaskan semula nasi, sentiasa periksa sama ada ia telah dikukus panas.

“Jangan panaskan semula nasi lebih daripada sekali,” lapor Agensi.

Baca:

Peniaga perlu ‘stop’ guna ubat stapler jika tidak mahu dikenakan saman dan penjara

Tak perlu tebuk dinding, ini cara betul pasang ‘exhaust fan’ di rumah

Satu mangkuk tak cukup! Resipi kuey teow sup ori Thailand memang terangkat