Bagi yang melawat negeri di Pantai Timur mesti tak lepaskan peluang untuk beli keropok lekor yang penuh dengan isi ikan.
Kalau dah beli keropok lekor, mesti nak cari sos untuk cicah, rupanya senang je nak buat dekat rumah, tak perlu beli botol besar lagi dekat kedai.
Ini resipi sos keropok lekor, original dari Terengganu dikongsi oleh Ayda Sallehudin menerusi Facebook ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.
Resipi sos
Bahan-bahan:
- 800 gram cili kisar
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil minyak
- 2 cawan gula pasir (boleh lebihkan jika suka manis)
- 1/2 cawan cuka makan
- 1 cawan air (lebihkan jika suka sos cair)
- Seketul gula melaka saiz sederhana
Cara-cara:
Tumis bawang putih yang sudah dicincang dengan 1 sudu kecil minyak masak. Tumis sehingga bawang putih menjadi kekuningan.
Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain iaitu cili kisar, gula pasir, cuka makan, air dan gula melaka.
Masak menggunakan api perlahan sehingga sos menjadi pekat dan bertukar kepada warna sedikit gelap.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam botol.
Selamat mencuba!
Baca juga:Penjara di Thailand, paling digeruni Penjara Pusat Bang Kwang