Realtime website trackingweb stats

Ini resepi roti sardin gulung, pasti tak serap minyak ketika goreng

Oleh ABDULLAH HAMID

Pagi-pagi, perkara pertama yang terlintas di fikiran tentu sekali sarapan.

Jika masih tiada idea, cuba resipi Roti Sardin Gulung yang sangat sedap ini.

Roti Sardin Gulung merupakan hidangan popular di kantin sekolah.

Setiap kali waktu rehat tiba, pasti ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk membelinya.

Resipi Roti Sardin Gulung yang dikongsi oleh Noraslinda Md Radzhi di Facebook telah menarik perhatian ramai

Ini resepi roti sardin gulung, pasti tak serap minyak ketika goreng

kerana hasilnya kelihatan sangat rangup. Jom kita cuba!

Resipi Roti Sardin Gulung Goreng Tepung

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
¼ cawan tepung bestari (spicy, boleh kurangkan jika tidak mahu terlalu pedas)
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar marjerin
Air secukupnya
Hirisan daun bawang
Sardin (yang sudah dimasak)

Cara-cara membuat:

1. Sediakan inti sardin dan letakkan di atas roti, kemudian gulung.
2. Untuk adunan tepung, campurkan semua bahan kering terlebih dahulu.
3. Kacau sebati dan pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair.
4. Masukkan hirisan daun bawang dan kacau lagi hingga rata.
5. Apabila minyak untuk menggoreng sudah cukup panas, masukkan 2 sudu minyak ke dalam adunan tepung (ini akan menjadikan roti lebih rangup) dan kacau sebati.
6. Celupkan roti yang telah digulung ke dalam adunan tepung, kemudian goreng hingga berwarna kuning keemasan. Angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

Tips: Jangan terlalu kerap membalikkan roti ketika menggoreng supaya roti tidak menyerap terlalu banyak minyak.

Roti Sardin Gulung bukan sahaja sesuai untuk sarapan, malah boleh dijadikan hidangan minum petang. Ia pasti sedap dinikmati pada bila-bila masa

BACA: Ramai tertipu dengan rupa, ini perbezaan sayur sawi dan kailan