Realtime website trackingweb stats

Ini punca ramai rakyat Singapura rancang mahu pindah Johor

Oleh ARIF ABDULLAH

Hidup di bandar macam Singapura memang gah, tetapi seiring dengan kemewahan itu datang kos sara hidup yang tinggi,

Bukan sahaja untuk warga asing, malah untuk rakyat sendiri – jadi Johor kini jadi lokasi alternatif.

Ini realiti yang dihadapi oleh kebanyakan penduduk Singapura, di mana sebahagian besar kini melihat

Johor Bahru sebagai lokasi alternatif dengan kos yang jauh lebih rendah.

Menurut Vocket, dalam satu tinjauan yang melibatkan 1,548 rakyat Singapura, 55% daripada responden menyatakan

Ini punca ramai rakyat Singapura rancang mahu pindah Johor

bahawa mereka bersedia untuk berpindah ke Johor Bahru bagi mengurangkan beban kewangan, manakala baki 45% pula pilih untuk kekal di Singapura.

Namun, apa yang menarik perhatian ialah fakta bahawa ramai yang sudah pun membuat keputusan berpindah ke Johor Bahru dan berulang-alik ke Singapura untuk bekerja.

Untuk rekod, Johor Bahru yang hanya dipisahkan oleh Tambak Johor, menjadi lokasi alternatif yang sangat memberi manfaat dari segi kewangan.

Berdasarkan data yang dikongsi oleh Numbeo, kos sara hidup di JB, tanpa mengambil kira sewa, adalah 66.1% lebih rendah berbanding Singapura.

Sekiranya kos sewa diambil kira, perbezaannya menjadi lebih ketara, di mana JB menawarkan kos sara hidup 74.6% lebih rendah.

Malah, harga sewa di JB adalah 87.3% lebih murah daripada Singapura.

Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, harga makanan di restoran di JB adalah 59.1% lebih murah, manakala harga barangan runcit pula 52.3% lebih rendah.

Bayangkan betapa besar penjimatan yang boleh dinikmati, terutamanya bagi mereka yang masih berulang-alik bekerja di Singapura dengan gaji dalam mata wang dolar Singapura tetapi menikmati kos hidup yang jauh lebih rendah di JB.

BACA: ‘Longkai’ tiba-tiba muncul bila kemalangan, ini benda yang ramai terlepas pandang ketika sign dokumen