Ini punca hajat naik pelamin tak tercapai, pengantin bersanding sendirian

Oleh SHAZLIN AZIZ

Dalam video yang dikongsi oleh @ewansani84, terdapat cerita mengenai pengantin lelaki bernama Daniel yang kelihatan segak dengan pakaian pengantin berwarna emerald green.

Ternyata, beliau berasal dari United Kingdom.

Daniel telah menjumpai jodohnya, iaitu seorang wanita Malaysia bernama Nur Farah Ashykin Binti Mohd Salleh, 35 tahun.

Ini punca hajat naik pelamin tak tercapai, pengantin bersanding sendirian

Mereka telah bernikah kira-kira setahun yang lalu di Jepun.

Meskipun hajat untuk naik pelamin tidak tercapai, tetapi majlis tetap diteruskan apabila mereka pulang ke Malaysia untuk melangsungkan majlis sanding.

Semua persiapan telah dilakukan termasuklah menempah pakaian cantik dari sebuah butik pengantin.

Namun Farah, yang menghadapi barah, dijemput pulang ke ‘negeri abadi’ sebelum sempat menaiki pelamin bersama suami tercinta.

Pada 8 Disember 2023, Farah memberitahu bahawa barahnya telah merebak ke otak.

Pihak butik berkongsi bahawa Farah sebelum ini terpaksa menunda beberapa sesi janji temu kerana masalah kesihatan.

Memahami keadaan Farah yang tidak membenarkan, butik tersebut dengan rela memberikan ruang sehingga keadaannya pulih.

Hajat yang tidak tercapai, Daniel yang datang untuk mencuba baju di sana telah menitiskan air mata ketika melihat busana Allahyarhamah Farah.

@kutiqandaman AlFATIHAH utuk mu dik🫂❤️💕….#farahAshikin tenanglah disana#majlis X kesampaian#cancer#kebaya ♬ Kau Pergi Jua – Adam Ahmad

Baca:

Ini model motosikal berkuasa tinggi pengiring Anwar, harga cecah RM140k sebiji

‘Janganlah buat konsert 3 hari sebelum Ramadan’ – Ini nasihat Mufti Pulau Pinang kepada Siti Nurhaliza

Eh, bakul baju boleh isi air? – Tips surirumah ini memang ‘berfikir di dalam bakul’