Bintang bola sepak negara, Arif Aiman Mohd Hanapi, terus mencuri tumpuan sebagai salah seorang pemain muda paling berbakat di Malaysia.
Prestasi gemilangnya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE)
Telah membawa namanya ke peringkat antarabangsa dan semakin dikenali di seluruh dunia.
Pada usia 22 tahun, Arif Aiman bukan sahaja membuktikan kebolehannya di atas padang,
Malah nilai pasarannya sebagai pemain profesional kini menunjukkan peningkatan yang ketara.
Menurut kemas kini terbaru di laman Transfermarkt, nilai pasaran Arif Aiman kini telah mencapai 600,000 euro (kira-kira RM2.82 juta), satu lonjakan daripada 550,000 euro (RM2.59 juta) yang direkodkan pada Disember tahun lalu.
Ini menjadikannya pemain bola sepak kedua termahal di Malaysia, selepas pemain pertahanan kebangsaan, Dion Cools, yang mempunyai nilai pasaran 800,000 euro (kira-kira RM3.77 juta).
Di pentas ACLE baru-baru ini, Arif Aiman terus menunjukkan aksi menakjubkan, terutama di posisi sayap yang menjadi kekuatan utamanya.
Mencetak empat gol dalam empat perlawanan, Arif Aiman kini berada di tangga kedua senarai penjaring terbanyak kejohanan tersebut, berkongsi kedudukan bersama empat pemain ternama yang lain.
Lebih membanggakan, Arif Aiman mengatasi kapten Al Nassr, Cristiano Ronaldo, yang hanya menjaringkan dua gol setakat ini.
BACA: Selepas difatwakan haram, Yang di-Pertua negeri Melaka tarik gelaran Datuk milik Ceo GISBH