Realtime website trackingweb stats

Ini makna sebenar kucing comel, siapa sangka Rexie hanya ada dua kaki saja

Oleh ABDULLAH HAMID

Aksi dan telatah Rexie yang comel ini benar-benar menghiburkan orang ramai. Tidak hairanlah dia menjadi kucing yang diminati warganet.

Namun, siapa sangka si bulus jantan ini hanya dua kaki saja. Rexie nampaknya bahagia tinggal bersama tuannya, Daria Minaeva di Yekaterinburg, Russia.

Kucing ini juga digelar “Cat King of Bleps” lantaran mimik wajahnya yang bersahaja dan sangat mencuit hati.

Ini-makna-sebenar-kucing-comel-siapa-sangka-Rexie 01

Hanya dua tangan hadapan sahaja yang cukup lincah sama seperti kucing normal yang lain manakala kedua-dua kaki belakangnya tidak berfungsi.

Tulang belakangnya patah menyebabkan Rexie tidak dapat mengawal kedua-dua kaki belakangnya.

Dulu, Daria mengutip Rexie di tepi jalan setelah dibuang oleh pemilik asalnya semasa kecil. Rexie dikatakan cedera akibat dilanggar kereta.

“Rexie tidak tahu ia kurang upaya. Dia sering melakukan aksi seperti kucing lain, kecuali ia tidak mampu untuk menggunakan pasir dan menggaru telinga,” kata Daria.

Walaupun Rexie lumpuh, dia dikenali sebagai kucing yang lincah dan ceria. Telatahnya yang comel seperti menjelir lidah, tersenyum, marah dan banyak lagi tular di media sosial.

 

Baca : 

Hilang selepas keluar dari MRT Sungai Buloh, rupanya dua hari kena ‘culik’ tak jumpa jalan pulang 

Bertekak pun tak guna, benda dah jadi, ikuti 9 perkara patut buat kalau kemalangan jalan raya 

Guna 5 bahan saja dapat donut gebu, jimat masa tak payah pun rehatkan doh