Realtime website trackingweb stats

Ini kesan buruk makan ubi kentang bertunas, nombor lima paling bahaya

Oleh AHMAD ISMAIL

Mengapa makan Ubi Kentang yang sudah bertunas boleh mendatangkan bahaya?

Ramai suri rumah yang selalu membeli ubi kentang dalam jumlah yang banyak untuk persediaan di masa depan.

Ubi kentang adalah salah satu bahan makanan yang selalu ada di dapur dan memiliki banyak kegunaan, baik untuk sup, atau boleh juga dibuat sebagai inti karipap dan sebagainya.

Namun, masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu adalah ketika ubi kentang lama dibiarkan hingga tumbuh tunas. Ada yang mungkin tetap masak ubi kentang tersebut daripada membuangnya dengan alasan kebersihan.

Tetapi, tanpa disadari, ubi kentang yang sudah bertunas sebenarnya bisa membawa bahaya bagi tubuh anda dan keluarga.

1. Awas! Boleh Menyebabkan Masalah Pencernaan

Ubi kentang yang sudah bertunas cenderung berubah warna menjadi hijau dan memiliki rasa yang sedikit pahit. Keadaan ini dapat mengganggu sistem pencernaan anda dan bahkan boleh menyebabkan sakit perut karena ubi kentang tersebut mengandung bahan kimia yang berbahaya pada tunasnya.

Ternyata, bukan hanya ubi kentang yang demikian, tetapi juga lobak merah, bawang bombay, dan beberapa bahan lain yang sudah tumbuh tunas tidak lagi aman untuk digunakan.

2. Dapat Menyebabkan Sakit Kepala

Jika anda mengambil dalam jumlah kecil, mungkin tidak akan memberikan kesan yang signifikan. Namun, jika anda mengambil dalam jumlah besar, bukan hanya akan mengganggu sistem pencernaan, tetapi juga dapat menyebabkan mual, kejang perut, muntah, dan sakit kepala.

3. Kulit Hijau pada Ubi Kentang Beracun

Biasanya, ubi kentang dengan kulit yang berwarna hijau ditemukan pada ubi kentang yang sudah lama disimpan dan tumbuh tunas. Jenis ubi kentang ini mengandung solanin dan alkaloid berbahaya.

Dalam tanaman ubi kentang, solanin adalah bahan kimia yang memberikan rasa pahit dan bersifat beracun. Solanin dapat ditemukan pada daun batang dan sebagian di bawah kulit ubi kentang itu sendiri.

Oleh karena itu, disarankan untuk hanya menanam ubi kentang yang sudah tumbuh tunas jika Anda memiliki kebun sendiri.

4. Kehilangan Nutrisi

Selama ubi kentang bertunas, patinya akan diubah menjadi gula. Penyelidikan ini menunjukkan bahwa jika bahagian utama ubi kentang masih dalam keadaan baik, maka ia masih memiliki nilai nutrisi yang baik.

Namun, jika ubi kentang tersebut mengecut, maka nutrisinya akan hilang sepenuhnya.

5. Dapat Meningkatkan Risiko Kanser

Dalam ubi kentang terdapat zat beracun yang dipanggil akrilamida. Penyelidikan ini menunjukkan bahawa akrilamida dalam makanan dapat meningkatkan risiko terkena kanser, termasuk kanser ginjal, endometrium, dan ovari.

Itulah mengapa disarankan untuk tidak menyimpan ubi kentang di dalam peti ais. Sebaiknya, simpan ubi kentang di tempat yang gelap dan tidak terkena sinar matahari.

Hal ini dapat mencegah pertumbuhan tunas pada ubi kentang.

Ini 6 Tips Memilih Ubi Kentang yang Baik:

Mengapa makan Ubi Kentang yang sudah bertunas boleh mendatangkan bahaya?

1. Permukaan Ubi Kentang Harus Licin

Ubi kentang dengan permukaan kulit yang licin dan tidak kasar memiliki rasa yang lebih manis dibandingkan dengan ubi kentang yang memiliki kulit kasar.

2. Pilih Ubi Kentang yang Berat

Ubi kentang yang baik biasanya memiliki berat yang cukup. Hindari yang memiliki lubang atau kerosakkan pada permukaannya. Carilah ubi kentang dengan kulit tebal dan garis coklat pada kulitnya.

3. Pastikan Warna Ubi Kentang Kuning Muda

Jangan sesekali ambil kentang yang berwarna hijau. Ia sudah mengandungi racun sebenarnya. Nanti rasanya pahit dan boleh menyebabkan sakit perut.

4. Hindari Ubi Kentang yang Sudah Bertunas

Sekarang anda tahu alasannya, jadi hindarilah membeli ubi kentang yang sudah tumbuh tunas, kecuali jika Anda berniat menanamnya di kebun anda sendiri.

5. Saiz Kentang

Kalau anda hendak membuat kerepek, pilihlah kentang yang bersaiz besar. Jika mahu dijadikan kentang bakar, yang kecil sudah memadai. Malah rasanya lebih manis.

6. Jangan Simpan Dalam Plastik

Seeloknya segera keluarkan kentang yang anda beli di pasaraya dari dalam plastik. Ini untuk mengelakkan daripada ia cepat busuk. Anda tak perlu mencucinya, sebaiknya simpan dalam bekas yang tidak terdedah dengan matahari.

Ini dapat mencegah cepatnya ubi kentang membusuk.

Baca:

Bangkai makhluk asing didakwa berusia 1,000 tahun jadi bahan polemik di Mexico

Elok puji staf pejabat pos tapi hujung coretan pula mengundang berang kaum Hawa

Selepas ‘berbakul’ JPJ dikecam sebab sita motor penunggang p-hailing, akhirnya Shahrul cerita perkara sebenar, banyak komen tak betul