Realtime website trackingweb stats

Ini individu penting yang tumbangkan pemerintahan keluarga Bashar al-assad

Oleh ABDULLAH HAMID

Konflik berpanjangan yang akhirnya berakhir pada Ahad telah menumbangkan rejim pemerintahan keluarga Bashar al-Assad, yang telah berkuasa lebih enam dekad di Syria.

Di sebalik kejatuhan rejim Assad, perhatian dunia kini tertumpu kepada pemimpin utama kumpulan pembebas Syria, Abu Mohammed al-Jolani.

Selama ini, Jolani dikenali sebagai tokoh misteri yang menghindari perhatian umum.

Sebelum menjadi wira dalam kumpulan pembebas sebagai ketua Hayat Tahrir Al-Sham (HTS), yang dahulunya dikenali sebagai Nusra Front,

Ini individu penting yang tumbangkan pemerintahan keluarga Bashar al-assad

Jolani pernah memegang jawatan sebagai komander cawangan al-Qaeda dalam perang saudara Syria.

Berusia awal 40-an, Jolani kini menjadi tokoh terkenal dalam kalangan kumpulan pembebas setelah memutuskan hubungan dengan al-Qaeda pada tahun 2016.

Di bawah kepimpinannya, Jolani berjaya menjenamakan semula kumpulannya dan memimpin HTS untuk menggulingkan rejim Assad selepas 13 tahun konflik berdarah.

Bagaimanapun, HTS pernah diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas oleh banyak negara di seluruh dunia.

Pada tahun 2013, Amerika Syarikat (AS) turut mengisytiharkan Jolani sebagai pengganas, mendakwa al-Qaeda di Iraq telah mengarahkan beliau untuk menggulingkan pemerintahan Assad dan menubuhkan pemerintahan berasaskan undang-undang syariah Islam di Syria.

Selain itu, program Rewards for Justice, sebuah program ganjaran keselamatan utama Jabatan Negara AS, masih menawarkan ganjaran sehingga $10 juta (RM44.2 juta) kepada sesiapa yang memberikan maklumat mengenai Jolani.

Pada Ahad, Jolani berucap di hadapan penyokongnya di Masjid Umayyad, Damsyik, menyatakan bahawa kejatuhan rejim Assad adalah kemenangan untuk seluruh dunia Islam.

“Kejayaan ini, saudara-saudaraku, adalah permulaan kepada satu lembaran baharu dalam sejarah rantau ini,” katanya.

Dalam ucapannya, Jolani menegaskan bahawa Syria sebelum ini menjadi “medan untuk cita-cita Iran, penyebaran fahaman mazhab, dan rasuah,” namun kini, “Syria sedang disucikan oleh rahmat Tuhan Yang Maha Kuasa dan usaha gigih para Mujahidin.”

Iran dan sekutunya, Hezbollah, adalah penyokong utama kerajaan Assad.

“Syria adalah sebuah negara yang, jika haknya dirampas, akan terus menuntut sehingga ia dikembalikan,” ujar Jolani, sambil menambah bahawa HTS akan membebaskan tahanan yang dipenjarakan oleh rejim Assad.

“Saudara-saudaraku, saya meninggalkan tanah ini lebih 20 tahun lalu, dan hati saya sentiasa merindui saat ini,” katanya kepada para penyokong yang memenuhi Masjid Umayyad.

“Tidak ada satu rumah pun di Syria yang tidak terkesan akibat perang. Alhamdulillah, hari ini Syria kembali pulih.”

BACA: Adakah sah ambil wuduk guna gayung ramai salah faham