Realtime website trackingweb stats

Ini cara tambah sendiri nama jalan dalam google maps

Oleh SHAZLIN AZIZ

Aplikasi Google Maps telah menjadi platform peta digital yang sangat popular di seluruh dunia.

Ia bukan sahaja memudahkan pengguna untuk mencari jalan atau lokasi yang ingin dituju,

Tetapi juga menyediakan imej satelit dan pemandangan panorama interaktif (street view).

Namun begitu, terdapat banyak titik lokasi dalam aplikasi ini yang tidak tepat, yang boleh menyebabkan pengguna merasa keliru atau tersesat.

Hal ini mungkin disebabkan oleh masalah GPS atau lokasi yang telah berpindah atau hilang dari Google Maps.

Ini cara tambah sendiri nama jalan dalam google maps

Bagaimanapun, pengguna sebenarnya boleh menambah atau memasukkan nama jalan atau lokasi baru pada Google Maps dengan mendapatkan pengesahan daripada pihak Google. I

ni boleh dilakukan menggunakan telefon Android atau tablet.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menambah lokasi atau jalan pada Google Maps:

Buka laman web Google Maps di PC.

Klik ikon tiga baris di sebelah kiri.

Pilih Edit the Map.

Klik pada menu Mising road.

Gerakkan pin ke lokasi atau jalan yang ingin ditambah.

Masukkan nama jalan dan klik submit.

Pihak Google akan menilai permohonan anda dan akan memaklumkan status permohonan tersebut melalui email.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

BACA: Ini respon Presiden Pas bila parti SAPP umum keluar Perikatan Nasional