Mungkin ada yang belum tahu, sebenarnya terdapat pelbagai jenis potongan bawang merah dan bawang putih yang dihasilkan berdasarkan jenis hidangan yang diinginkan.
Melalui perkongsian Mohammad Faeez Harith, setiap potongan mempunyai nama yang berbeza, disertai dengan kegunaan dan masa yang sesuai.
Ini kerana sesetengah potongan tidak sesuai untuk sesetengah resepi. Jom belajar cara membuat potongan yang betul.
A. Bawang Merah
Malam tadi aku terbaca ada yang tanya biasa masak potong bawang macam mana?
Sebenarnya cara potong masing-masing ada nama, kegunaan dan masanya tertentu untuk guna. Sesetengah potongan tak sesuai untuk sesetengah resepi.
1. Potong
Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang. Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.
2. Gegelung
Mula dari potong dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki. Potongan begini biasa untuk masak kicap, masak merah.
3. Mayang
Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.
4. Belah
Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.
5. Baji
Juga disebut ‘wedges’ dalam B. Inggeris. Biasanya potongan ini diguna untuk hiasan seperti dalam sup atau kari dsb. Juga untuk kebab.
6. Hiris
Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang untuk ditumis atau dibuat ulam / rencah sambal/ budu/ cencaluk dsb.
7. Dadu
Biasanya untuk buat cekodok/jemput-jemput bilis atau bawang.
8. Dadu kecil/ Cincang kasar
Untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dsb.
9. Cincang
Untuk perapan, tumisan dsb.
B. Bawang Putih
Bawang Putih Macam Mana?
Ha alang-alang aku dekat dapur lepas tunjuk bawang tadi, ada yang tanya bawang putih ada beza juga ke cara potong?
Ada tapi tak ketara sangat pun dan kebanyakan masa tak payah susah hati sangat. Cuma kena ingat bawang putih lagi cepat hangit, kena jaga-jaga.
JENIS-JENIS POTONGAN BAWANG PUTIH:
3. Ketuk
Yang ini paling senang hampir semua masakan boleh guna gaya ni.
4. Mayang
Potongan melintang.Biasa untuk buat bawang putih goreng untuk hiasan atau masakan tumis.
5. Hiris
Lebih kurang je dengan mayang, cuma dia menegak.
6. Racik kasar/mayang
Ini biasa untuk buat sos, masak stim/kukus, goreng, dll.
7. Racik halus
Pun tak jauh beza dengan racik kasar. Tak banyak resepi pun guna potongan ni.
8. Dadu
Untuk sos, tumis, nasi goreng dll.
9. Cincang
Untuk sos, tumis dll.
Selamat mencuba!
Baca juga: Wanita kongsi cara panggil semua anak balik kampung serentak, yang jarang balik pun pasti balik