Ini cara pulihkan bahagian bawah peti ais yang tak sejuk

Oleh NURAIMAN

Jangan gelabah kalau tiba-tiba peti ais bahagian bawah tak sejuk.

Malah, usah lekas buat keputusan beli peti ais baharu hanya kerana masalah itu.

Ikuti tips mudah dan ringkas dikongsi Muhammad Rofiq ini:

Ini cara pulihkan bahagian bawah peti ais yang tak sejuk

Sekadar berkongsi cara baiki.

Peti ais ini sejuk dekat atas tapi tak sejuk bahagian bawah.

Lepas bertanya sahabat kerja baiki peti ais, dia suruh:

* Tutup peti ais sekurang-kurangnya 24 jam, kemudian ‘on’ balik.

Sebabnya, ada ais beku antara lubang angin atas nak keluar ke bawah.

Lepas buat, Alhamdulillah dah okey.

Pengajaran: Alhamdulillah dapat berkawan dengan ahli setiap bidang masalah dalam kehidupan.

Selain itu, ada juga pendapat lain untuk baiki peti ais yang ada masalah serupa.

Ada netizen memberitahu, tukarkan saja defrost sensor yang boleh dibeli berbelas ringgit sahaja di Shopee.

Baca:

‘Nok ko suasano’! Balik ‘Shah Ale’ macam nak balik London, lebih 18 jam sangkut jem

Selepas 11 kali dicurangi, ini kata-kata motivasi Syed Saddiq kepada Bella

Sekali Iran serang, Israel mula gelabah, dedah jumlah kerugian cecah bilion ringgit