Realtime website trackingweb stats

Ini cara nak kesan buah limau busuk dalam kotak, staf kedai serbaneka ini pun dipuji

Oleh ABDULLAH HAMID

Seorang pembeli limau dalam kotak berkongsikan tips untuk mengesan buah yang sudah busuk.

Dalam masa sama, beliau juga memuji tindakan staf 99 Speed Mart yang memeriksa terlebih dahulu buah limau dalam kotak yang dibeli pelanggan.

Rupanya, kedai serbaneka yang sudah memiliki sekurang-kurangnya 2,300 cawangan pasar mini setakat tahun lalu itu memang mengamalkan polisi prihatin pelanggan.

Ini cara nak kesan buah limau busuk dalam kotak, staf kedai serbaneka ini pun dipuji

Seorang bekas staf pengendali rangkaian pasar mini 99 Speed Mart itu memberitahu memang mereka hanya akan menjual contohnya, 9 daripada 10 kotak limau yang ada.

“1 kotak spare untuk tukar buah rosak. Nanti buah rosak tu kami akan return balik.

“Selalunya manager kami buat macam tu, sebab takut ada customer complaint buah rosak dan minta tukar tapi buah dah ‘short’ 3-4 biji,” kata Liana Nawi.

Ikuti tips yang dikongsikan Johan Irwan Kamarozaman ini bagaimana untuk mengesan buah limau yang sudah busuk dalam kotak selain pujiannya kepada juruwang kedai 99 Speed Mart yang dikunjunginya:

Baru-baru ni saya beli limau di 99 Speed Mart.

Sebelum bayar, cashier minta kebenaran saya untuk buka dan periksa semua limau. Takut busuk katanya.

Biasanya, kalau saya beli sekotak akan ada dua atau tiga yang busuk.

Baru-baru ni beli sekotak untuk pejabat pun Atikah Razali dapat kesan 2 biji busuk.

Buah busuk memang biasa. Dan kebiasaannya pelanggan yang kena tanggung.

Sebab takkan kita nak patah balik ke kedai sebab sebiji dua yang busuk.

Saya tabik pekerja 99 Speed Mart ini sebab ambil inisiatif untuk periksa.

Memang betul ada satu biji yang busuk dan mereka gantikan dengan sebiji yang lain. Kudos buat pasukan 99 Speed Mart!

Antara tips untuk kurangkan risiko sebelum beli adalah lihat bawah kotak.

Kalau ada bekas cecair warna coklat, mungkin ada buah yang busuk.

Baca:

Guna 3 bahan dapur ini saja, papan pemotong macam beli baru

“Guna kain kotor bersihkan …” – Bekas pekerja dedah perangai pengotor segelintir pekerja hotel kemas bilik

Tak perlu lagi ke restoran mewah, senang rupanya nak buat ayam ala Kenny Rogers