Realtime website trackingweb stats

‘Ini baru seksi’ – Lelaki ini kongsi 5 tips buang perut boroi hanya dalam tempoh sebulan

Oleh ABDULLAH HAMID

Seorang lelaki berasal dari Sabah menempelak pihak yang menganggap boroi itu seksi. Sebaliknya, jurulatih kecergasan tersebut menunjukkan ‘six pack’ yang dimilikinya.

“Ini baru seksi,” kata Leo De Lantayan menerusi video dimuatnaik menerusi TikTok beliau.

Menurutnya, amalan pemakanan yang sihat amat penting untuk mendapatkan tubuh yang seksi selain tentunya konsisten melakukan latihan kardio dan bebanan.

Berikut 5 tips untuk anda ucapkan selamat tinggal kepada perut yang boroi:

1. Buang makanan manis. Manis akan meningkatkan lemak.

2. Buang makanan yang diproses seperti makanan dalam tin. Amalkan makan makanan yang semulajadi.

3. Minum 3 liter air kosong sehari bukannya minuman manis.

4. Senaman 3 kali seminggu dengan setiap sesi selama 45 minit. Terpulang apa saja aktiviti.

5. Tidur mesti 8 jam sehari bagi penghasilan hormon dan pembakaran lemak dalam badan yang lebih teratur.

@leodelantayan EP 6 : CARA BUANG BOROI BEER #leodelantayan #diet #carabuangboroi #carakecilkanperut #kempisperut #carakempiskanperut #boroi #kempisperutbuncit #buncit #manis #makananmanis #makanandiproses #perutboroi #kurus #slim #turunberatbadan #caraturunberatbadan #tipsbuangboroi #tipsturunberat #tipsturunberatbadansaatberpuasa #kaamatan #pestakaamatan2023 #kdca #inspirasiraya #undukngadau #undukngadaujb #duyung #undukngadau2023 #undukngadaukdca #undukngadauviral #undukngadausabah2021 #undukngadauklan ♬ original sound – Leo De Lantayan

Baca:

Geran RM20,000 untuk anak muda, tanam padi 5 musim antara inisiatif setahun menteri KPKM

Pahitnya peria katak tapi banyak manfaat kesihatan, ini 5 khasiat ‘insulin tumbuhan’ wajib rebut

Semburan kadang-kadang bahaya, ini cara mudah halau lipas, cuma guna 2 bahan kat rumah