Realtime website trackingweb stats

Ini 4 cara mahu tahu kereta ‘second hand’ pernah terendam banjir atau terlibat kemalangan

Oleh NURAIMAN

Terdapat 4 cara untuk seseorang perlu buat sebelum beli kereta ‘second hand’ demi mengelak kenderaan yang pernah terendam banjir atau terlibat kemalangan.

Memang membeli kereta ‘second hand’ jadi pilihan sesetengah orang mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

Namun, lazimnya kita tidak tahu apa dah jadi pada kereta itu melainkan apa yang diberitahu penjual sahaja.

Ikuti tips dikongsikan TikTokers, Bos Beng (@thisisbeng) ini sebelum membeli kereta ‘second hand’:

1. Tarik tali pinggang keledar sampai habis gulungannya. Jika anda mendapati bahagian hujungnya ada kesan seperti pasir atau kulat, berkemungkinan kereta tersebut pernah dimasuki air banjir sampai paras kerusi pemandu.

2. Periksa bahagian penutup minyak enjin. Jika bahagian itu ada kotoran, ia juga menjadi pentanda kereta tersebut mungkin pernah terendam dalam banjir.

3. Buka bahagian bonet kereta dan periksa bahagian keadaan skru-skru pada bahagian dalamnya. Jika skru-skru tersebut pernah dibuka, terdapat kemungkinan bahawa kereta tersebut pernah terlibat dalam kemalangan.

4. Buka pintu kereta dan tarik bahagian getah pada bahagian dalam pintu. Lihat permukaan badan kereta yang berada di sebalik getah.

Jika bahagian rangka kereta tersebut memiliki kesan kimpalan ataupun tidak rata, kemungkinan besar kereta itu pernah mengalami kesan remuk yang berpunca daripada nahas jalan raya.

@thisisbeng 4 Tips untuk beli second hand car‼️##carsomemy#beepbeepsale#2ndhandcar#november#booknow#testdrive#qualitycar#fixedprice#nohiddenfee ♬ Company background music – TimTaj

Baca:

Lain macam kes buli di sekolah ini, tergamak paksa makan najis, pembuli memang ‘sakit’ mental

Heboh digosip dengan Syamsul, Irene akhirnya buka mulut dedah perkara sebenar

“Saya terpaksa tumpang polis” – Ezad dedah punca pulang awal selepas GV