Lazimnya panduan atau motivasi kehidupan terdiri daripada ayat-ayat yang bernada positif.
Namun lain pula dengan tips yang ditulis usahawan dan aktivis sosial yang terkenal, Azri Walter ini.
Pemilik kepada sekurang-kurangnya 5 jenis perniagaan ini secara sinis lagi tajam menggariskan tabiat seharian yang patut dijauhkan sama sekali.
Ikuti 10 cara untuk menjahanamkan hidup seperti dikongsikan beliau:
1. Banyakkan rileks, kurangkan henyak terutamanya ketika masih muda dan ketika masih tiada apa-apa.
2. Setiap kali gaji terus berbelanja habiskan ikut nafsu. Kalau boleh hari pertama gaji habiskan terus semua.
3. Biasakan tidur lewat waktu malam buat perkara tidak berfaedah. Biasakan diri waktu siang bangun lewat.
4. Jangan exercise. Kurangkan bergerak, banyakkan duduk dan berbaring setempat.
5. Makan sebanyak yang mungkin secara konsisten, selagi masih muat perut henyak lagi. Utamakan fast food dan gula putih. Sebaiknya makan makanan yang diproses dan banyak artificial.
6. Apa apa berlaku dalam hidup terus salahkan orang lain. Tulis di story, buat video dan sebarkan luahan hati.
7. Jangan belajar dan explore ilmu baru. Apa yang korang pernah belajar waktu tadika, sekolah dan universiti dah cukup.
8. Lepak dengan kawan-kawan yang negatif. Cari seramai mungkin kawan negatif dan ikut cara mereka.
9. Kalau tengok orang lain berjaya, jangan ada rasa happy. Bina rasa dengki dan iri dalam hati. Marah orang yang berjaya tu.
10. Utamakan perkara senang dan mudah sahaja. Jangan buat benda susah. Elakkan ambil apa apa risiko dalam hidup.
Cuba 10 tips ini dahulu, jika tak cukup saya akan tambah kemudian hari.
Baca:
Guna 1 bahan ini, bantu kurangkan pertumbuhan rumput liar
Semakin ditelan zaman! Ini resipi kuih tepung pasung
Kereta manual memang jimat, tapi kalau tak jaga 5 benda ni poket boleh rabak, khususnya part gear