Realtime website trackingweb stats

Ingatkan sama, rupanya ada beza antara ‘matcha’ dengan ‘green tea’ – Peminat wajib tahu!

Oleh AHMAD ISMAIL

Matcha dan Teh Hijau hampir sama dalam rasa dan warna kerana keduanya berasal dari tumbuhan yang sama, iaitu pokok Camellia Sinensis.

Tetapi mengapa ada perbezaan di antara keduanya? Ini disebabkan oleh proses penghasilan yang berbeza serta hasil produk yang berbeza.

Berikut adalah perbezaaan yang membezakan dua produk ini :

Ingatkan sama, rupanya ada beza antara 'matcha' dengan 'green tea' - Peminat wajib tahu!

Bentuk Fizikal:

Kedua-dua Matcha dan Teh Hijau dihasilkan dari tumbuhan yang sama, tetapi hasil selepas diproses membuat keduanya berbeza.

Matcha adalah serbuk halus yang dihasilkan dengan cara daun teh difermentasi selama 20-30 hari sebelum dikeringkan dalam masa yang singkat untuk mengekalkan warna hijau daun.

Kemudian serbuk tersebut digiling menjadi halus. Manakala Teh Hijau masih kelihatan seperti daun teh yang dikeringkan, tidak dalam bentuk serbuk halus seperti Matcha.

Rasa dan Warna:

Matcha dan Teh Hijau, keduanya mempunyai rasa yang unik apabila disediakan dengan air panas. Namun Matcha cenderung lebih krimi dan teksturnya lembut, rasanya hampir seperti rumpai laut dengan warna hijau yang menyegarkan, serta tanpa kesan selepas meminumnya.

Teh Hijau pula, setelah diseduh, ia memiliki warna yang agak kuning kehijauan. Setelah menikmatinya, anda akan merasai kesegaran yang ringan. Tetapi, selepas meminumnya, terdapat sedikit rasa pahit yang tinggal di lidah.

Cara Pengambilan:

Matcha boleh diambil dalam pelbagai cara berbeza berbanding Green Tea. Sebagai minuman, Matcha boleh dicampur dengan air panas untuk membuat latte atau dicampur bersama susu.

Untuk makanan pula, Matcha boleh dicampur dalam adunan kuih, puding, dan juga aiskrim. Sementara itu, Green Tea sesuai dinikmati sebagai minuman saja. Ia perlu diseduh dengan air panas dan dibiarkan larut selama 3-4 minit sebelum disaring dan dituang ke dalam cawan.

Untuk mencapai rasa maksimum, disarankan untuk menikmatinya tanpa gula, madu, atau pemanis lain.

Setelah memahami perbezaannya, bergantung kepada anda sama ada lebih suka memilih Matcha atau Teh Hijau. Tetapi kedua-duanya mengandungi banyak antioksidan yang baik untuk kesihatan.

Baca:

Jasmine Suraya terpaksa jual kereta tanggung kos pengajian, ini reaksi Menteri Komunikasi

Untung berkali ganda, sikap tamak peniaga ‘mark up’ harga nasi di aplikasi Grab raih perhatian

Kuih bertaburan atas jalan, tangan cedera dan kereta ‘total loss’ – Peniaga bazar Ramadan ini akan bangkit semula