Penggunaan sudip atau senduk yang diperbuat daripada kayu memang boleh melindungi periuk anda daripada kesan calar.
Namun jika tidak dibersihkan dengan teliti, kesan-kesan masakan boleh melekat pada sudip dan senduk kayu anda.
Bagi sesiapa yang mencari kaedah untuk membersihkan peralatan dapur berbahan kayu, anda boleh mencuba tip yang dikongsi ini.
Tip mudah menggunakan cuka dan garam ini dikongsi oleh TikTok The Bigger Chef.
Cara-cara:
1. Didihkan air di dalam periuk
2. Masukkan cuka ke dalam periuk dengan air yang mendidih
3. Masukkan garam secukupnya
4. Rendam peralatan dapur yang berasaskan kayu
5. Matikan api
6. Rendamkan ia selama beberapa minit
Selepas melakukan proses ini, anda boleh melihat kesan minyak dan kotoran yang timbul di permukaan air.
Selepas itu, bolehlah bilas sudip dan senduk kayu anda menggunakan air bersih dan lap dengan kain sehingga kering.
BACA: Rupanya ramai tak tahu sebab apa ‘highway’ kita had laju 110km/j