Realtime website trackingweb stats

Influencer anak bekas pegawai tentera udara dikritik buat content bahaya

Oleh ARIF ABDULLAH

Pengguna internet dari Thailand mengkritik terhadap seorang selebriti media sosial wanita kerana merekodkan video dirinya berjalan di tengah jalan raya semasa beberapa motosikal bergerak laju, lapor portal berita Thaiger semalam.

Akaun Red Skull di Twitter memuat naik video pesohor wanita tersebut yang dikenali sebagai Nutsima ‘Bell’ Sirisoonthorn, yang melakukan perbuatan berbahaya pada Ahad lalu.

Menurut Red Skull, seorang wanita tempatan yang menjadi saksi kejadian telah menghantar klip video tersebut.

Influencer anak bekas pegawai tentera udara dikritik buat content bahaya

Dalam klip itu, Bell yang memakai kasut tinggi warna merah jambu dan berpakaian cerah, berjalan di tengah jalan raya, manakala tangan kanannya memegang tripod yang menyokong telefon bimbit berkamera.

Netizen kemudian memberikan komen bahawa perbuatan Bell membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain serta tidak mengambil kira keselamatan orang lain.

Wanita yang merupakan anak bekas pegawai kanan Tentera Udara Diraja Thailand itu akhirnya meminta maaf melalui akaun Instagramnya, @bellsiris.

Bell menjelaskan bahawa dia sedang membuat penggambaran untuk sebuah kempen iklan jenama pakaian dan melakukannya dengan cuai.

Dia mengakui perbuatannya adalah contoh buruk kepada pengikutnya.

Baca:

Gaul-gaul je dah siap, resepi lejen kerabu lawar jadi kegemaran ramai

Bahaya makan tunas kentang, ini sebabnya, no 5 paling bahaya

Sardin goreng lauk simple tapi sedap tak terkata