Tandas atau bilik mandi yang lantainya mudah bertakung air memang leceh untuk digunakan. Mengupah tukang paip pula memerlukan kos yang tinggi.
Melalui satu hantaran di laman TikTok oleh @sayazuhri, ada dikongsikan cara mudah untuk melancarkan aliran air di saluran paip tandas atau bilik mandi.
Caranya sangat mudah, jom kita lihat satu-persatu!
Peralatan:
1) Sewage cleaning rod (boleh didapatkan di kedai perkakasan atau hardware)
Langkah-langkah:
1) Ambil sewage cleaning rod dan masukkan ke dalam lubang saliran air, tekan batang tersebut perlahan-lahan.
2) Tarik batang getah berkenaan ke atas dengan laju agar gumpalan rambut atau kotoran akan melekat dan disedut keluar sekali.
3) Ulang langkah pertama dan kedua beberapa kali dengan gerakan sorong tarik sehingga tiada lagi kelihatan air bertakung.
4) Selepas selesai, boleh buat ujian dengan mencurahkan sebaldi air ke dalam saluran untuk melihat sekiranya masalah air bertakung masih berlaku.
5) Jika air tetap bertakung, ulang semula langkah pertama.
Menerusi ruangan komen, seorang pengguna internet menceritakan pengalamannya berkongsi mengenai alat ini dengan rakan-rakan lain tetapi tindakannya itu mendapat reaksi marah daripada seorang tukang paip.
“Dulu pernah kongsi pasal rodding ni dalam group DIY (buat sendiri)… Tukang paip mana entah PM (mesej peribadi) marah-marah, suruh jangan kongsi,” tulisnya.
BACA: Pernah tak terfikir kenapa kucing selalu makan tak habis? Rupanya ini sebabnya..