Realtime website trackingweb stats

Individu ini perjelas situasi sebenar bila kata Isi minyak ‘full tank’ merugikan?

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Dalam artikel ini, seorang pengguna ‘Twitter’ menjelaskan situasi sebenar mengenai topik isi minyak penuh ‘full tank’ boleh merugikan pengguna.

Menurut penulis asal, isi minyak penuh akan menambah beban tambahan yang berlebihan (unnecessary).

Walhal ini hanyalah separuh daripada realiti sebenar.

Sebagai contoh:

Contoh 1: Perodua Myvi

Isi minyak full tank merugikan Individu ini perjelas situasi sebenar

Individu ini perjelas situasi sebenar bila kata Isi minyak ‘full tank’ merugikan?

Saiz tangki = 40L
Ketumpatan petrol = ~740kg/m³
Maka berat tangki penuh berisi petrol = 30kg

Berat kereta = 950kg

Nisbah berat petrol terhadap berat kereta = 30/950 = ~3%

Contoh 2: Perodua Bezza

Saiz tangki = 36L = 27kg
Berat kereta = 940kg

Nisbah berat petrol terhadap berat kereta = 27/940 = ~3%

Contoh 3: Proton X70

Saiz tangki = 60L = 44kg
Berat kereta = 1675kg

Nisbah berat petrol terhadap berat kereta = ~3%

Kereta yang tangkinya boleh isi sampai 70L = 52kg pastinya kereta yang lebih besar daripada Proton X70.

Dan bila badan kereta besar, berat kereta juga besar.

Akhirnya berat petrol bila diisi penuh tadi hanya sikit jika dibandingkan dengan berat keseluruhan kereta.

Secara kesimpulannya, adalah tidak benar yang kita akan rugi dengan selalu mengisi minyak penuh.

Ini kerana berat isian penuh petrol tidak signifikan bila dibandingkan dengan berat kereta.

Sebaliknya, kerugian dalam penggunaan petrol lebih terkesan atas faktor²:

1) Simpan barang² berat diperlukan dalam kereta (seperti sub woofer, toolbox tak guna, dll.),

2) Pandy secara melulu,

3) Pandu laju yang melampau,

4) Pasang bodykit yang tak aerodinamik.

Korang isi je minyak penuh, tak perlu risau.

Isi minyak separuh-separuh pon boleh ada sifat rugi juga.

Rugi masa sebab nak mencari-cari stesen minyak kat mana.

Sebaliknya, selalu isi minyak bila dah sampai bawah E lebih bawa kemungkinan untuk rosak ‘fuel pump’.

Kredit: @AidFawzal

Baca: Cara betul basuh sayur brocoli, kalau salah ‘gaya’ boleh keracunan makanan