Realtime website trackingweb stats

Individu ini dikecam kerana tak puas hati Khairul Aming ambil staf semuanya Melayu

Oleh ADINDA

Seorang wanita dikecam teruk selepas menyuarakan kritikan terhadap pemengaruh media sosial

Khairul Aming (KA) kerana mengupah pekerja berbangsa Melayu sahaja.

Kritikan ini hadir selepas KA memuat naik sebuah video semasa acara Keretapi Sarong 2024 yang berlangsung pada hari Sabtu lalu di tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Di bahagian kapsyen, KA menyuarakan bahawa beliau merasa sebak dengan semangat rakyat Malaysia meraikan Hari Malaysia semasa acara itu berlangsung.

“Menitik air mata bila edit video ni. Jangan biarkan sesiapa pecahkan perpaduan negara kita.

Individu ini dikecam kerana tak puas hati Khairul Aming ambil staf semuanya Melayu

Sama-sama kita pelihara, jaga dan bangga dengan tanah air kita. Selamat Hari Malaysia, negaraku yang tercinta,” kata KA.

Bagaimanapun, seorang netizen merasa kurang senang dengan ciapan KA sambil mendakwa bahawa apa yang disuarakan oleh KA tidak munasabah ditambah pula kebanyakan pekerja KA adalah mereka yang berbangsa Melayu.

“Anda berdakwah tentang perpaduan, tetapi pekerja anda semuanya Melayu?,” kata pemilik akaun dengan @Sivavmn.

Tindakan beliau ini telah mengundang pelbagai komen dengan kebanyakan mereka mengkritik beliau.

“Bro sakit hati sebab apply kerja kat kilang KA tak dapat ke camne ni? Or just another clout chaser?,” kata seorang netizen.

Seorang netizen pula mendakwa bahawa beliau juga mempunyai masalah yang sama, iaitu sukar untuk mendapatkan pekerja daripada kalangan bangsa lain.

Tetapi beliau bangga dengan pekerjanya hormat dengan orang dari kalangan bangsa lain.

“Saya tak dapat kakitangan bukan Melayu juga. Demi Allah kami cuba. Tetapi saya bangga kakitangan Melayu saya tahu & hormat budaya Cina, Punjabi & India kerana kami, pihak pengurusan mendidik mereka,” katanya.

Seorang lagi netizen mengkritik kenyataan @Sivavmn itu seolah tidak relevan kerana kilang KA berada di Kelantan dan penduduk di sana kebanyakannya berbangsa Melayu.

“Saya tak fikir KA upah orang berdasarkan kaum. Kilangnya di Kelantan yang majoritinya Melayu jadi jangan kita timbulkan isu,” kata netizen tersebut.

“Adakah dia hanya menerima orang Melayu dalam syarikatnya? Jika tidak, maka ia bukan satu isu. Kelantan majoritinya orang Melayu,” kata netizen yang lain.

Seorang netizen lagi mengaku bahawa dia kurang gemar dengan KA tetapi itu tidak memberinya lesen untuk menimbulkan isu yang tidak wujud

“Saya benci Khairulaming, tetapi ia tiada kena mengena dengan isu perkauman kerana Kelantan sendiri terdiri daripada 96% orang Melayu,” katanya.

BACA: ‘Time bayar wajib, time agihan bantuan..Nah jari tengah!’ Sekali jawapan Lembaga Zakat Selangor buat netizen puas hati