Realtime website trackingweb stats

Individu dedah cara kesan orang tersayang mungkin dalam bahaya, guna je aplikasi ini

Oleh NURAIMAN

Keselamatan insan adalah keutamaan yang utama. Maklumat tentang keberadaan mereka pada masa kini

adalah penting supaya tindakan segera boleh diambil jika berlaku kejadian yang tidak diingini.

Melalui satu hantaran di laman X oleh penulis blog dan pengkritik Apple, Xavier Naxa,

Beliau berkongsi cara untuk mengikuti lokasi terkini seseorang dengan menggunakan peranti iPhone.

Menurut Xavier, ciri ini boleh diakses dengan memastikan perisian iOS 17 terkini.

Individu dedah cara kesan orang tersayang mungkin dalam bahaya, guna je aplikasi ini

“Dengan menggunakan fungsi Periksa di iPhone, anda boleh memastikan kenalan dan ahli keluarga selamat pulang ke rumah.

“Sebagai contoh, jika anak anda pergi bekerja di Kuala Lumpur, sebelum pulang dari kampung halaman, anak anda boleh menghantar satu arahan Periksa melalui iMessage kepada anda.

“Dengan cara ini, sebagai ibu bapa, anda boleh memantau lokasi anak sepanjang perjalanan pulang. Jika melebihi waktu yang ditetapkan, anda akan menerima notifikasi untuk memberitahu bahawa anak anda belum tiba di destinasi.

“Dengan ini, anda boleh bertindak dengan segera untuk menghubungi mereka dan memastikan keadaan selamat,” jelas Xavier.

Xavier menambah, menggunakan ciri Periksa juga membolehkan anda mengetahui peratusan bateri dalam iPhone keluarga atau kenalan, serta isyarat rangkaian mereka.

“Ciri ini juga berguna untuk pelajar kolej yang ingin memastikan sahabat mereka selamat tiba di destinasi yang diingini,” terang beliau.

BACA: Aksi buaya cuba baham gajah undang padah apabila dipijak