Realtime website trackingweb stats

Ikuti petua ini untuk luruskan rambut, bersinar tanpa perlu ke salon

Oleh NURAIMAN

Rambut yang betul-betul lurus, berkilau, dan lembut adalah apa yang semua perempuan impikan.

Bagi yang memiliki rambut yang kusut, ramai yang memilih pergi ke salon untuk meluruskan rambut mereka.

Sebabnya, rambut yang lurus lebih senang untuk diuruskan.

Ikuti petua ini untuk luruskan rambut bersinar tanpa perlu ke salon

Walau bagaimanapun, jika anda sering melakukan rebonding, rambut anda mungkin menjadi kering dan mudah rosak.

Oleh itu, dalam edisi kali ini, anda akan mengetahui cara untuk mendapatkan rambut yang tidak hanya lurus tetapi juga cantik dan terurus.

Yang paling penting, bahan semulajadi yang digunakan lebih selamat dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia.

Tidak hanya itu, tip dari pengguna TikTok dengan nama pengguna petua_ibu juga adalah murah dan menjimatkan.

Dia menggunakan kacang bendi sebagai bahan utama.

Ini adalah langkah-langkah untuk menyediakannya:

1 – Bersihkan 10 hingga 12 biji bendi dengan teliti.
2 – Masak bendi-bendi itu dengan menggunakan sedikit air.
3 – Apabila air sudah mendidih, potong bendi-bendi itu kecil-kecil dengan gunting.
4 – Teruskan memasak bendi sehingga lendir di atasnya keluar. Biarkan sejuk.
5 – Setelah bendi-bendi itu sejuk, tumbuklah mereka bersama air masakan itu.
6 – Kemudian, tapis dan buang hampasnya.
7 – Sekarang sudah siap untuk disapukan ke rambut.

Kata pemilik akaun tersebut, rambut kena dibahagikan ke beberapa bahagian dulu sebelum disapu rata.

“Rambut boleh dibalut dan dibiarkan selama 30 hingga 40 minit. Lagi lama lagi bagus.” ujarnya.

Baca:

Berang genosid terus berlaku, perusuh di Pakistan bakar KFC

‘Jawablah di akhirat esok’ – Peniaga menangis selepas YB Kedah tergamak arah pesta jualan Raya ditutup

Senarai pilih langsir yang wajib anda tahu & elak rugi!