Wangi betul bawang goreng ni.
Kalau boleh, saya nak makan banyak-banyak sehingga habis sepaket.
Nampak mudah je nak buat sendiri.
Sebenarnya, amat mudah untuk membuat bawang goreng sendiri di rumah.
Lebih segar, lebih rangup, dan lebih wangi. Jimat juga!
Mari kita cuba ikut resipi daripada Ahmad Salehuddin Amirwan ini.
Mudah je nak buat bawang goreng, dan stok pun boleh disediakan sendiri.
1. Kupaskan kulit bawang terlebih dahulu.
Untuk memudahkan, rendam dengan air panas supaya lebih senang untuk mengupas kulitnya.
2. Selepas itu, potong bawang itu menjadi hiris-hiris yang nipis.
Saya potong manual kerana tiada alat khas untuk menghiris.
3. Setelah dihiris, bersihkan bawang dengan teliti dan toskan sehingga betul-betul kering.
4. Setelah kering, panaskan minyak dalam kuali.
Pastikan minyak benar-benar panas sebelum memasukkan bawang. Kemudian, kacau dengan rajin supaya bawang masak dengan sekata.
5. Apabila bawang sudah menjadi warna keemasan dan garing, angkat dan toskan minyaknya.
6. Tunggu sehingga sejuk sebelum memasukkannya ke dalam bekas simpanan.
Info tambahan:
– Bila bawang dah mula bertukar menjadi kekuningan, kurangkanlah suhu api di dapur supaya bawang tidak akan menjadi hitam atau hangus.
– Bahagian ini kebiasaannya akan terlepas pandang kerana jika bawang menjadi hitam, rasanya akan menjadi pahit dan kurang sedap.
– Sentiasa kacau bila suhu api telah dikurangkan.
-Teruskan mengacau sehingga bawang menjadi garing.
– Setelah garing, bawang bolehlah dikeluarkan dari dapur.
– Saya menggunakan 2kg bawang dan mendapat 1 bekas hasilnya.
Baca:
Menahan rindu! Isteri dakwa Safee Sali ‘culik’ anak sejak Februari
Pelbagai resipi bubur yang boleh buat di rumah, kombinasi rasa lemak & manis memikat selera
Rupanya tanaman pun perlu kena ‘diugut’, ini antara petua agar pokok cepat berbuah