Kacang botol atau kacang kelisa ini merupakan salah satu tumbuhan yang sering kita tanam di rumah.
Jenis tanaman ini adalah tanaman jangka masa pendek yang memberikan hasil dengan cepat.
Jika penjagaan dilakukan dengan betul, pada minggu ke-10 hingga ke-12 dari hari penanaman, anda sudah boleh menikmati ulam kacang botor ini.
Namun, satu masalah yang sering dihadapi apabila menanam sayuran ini adalah daun yang lebat tetapi tidak menghasilkan buah, juga dikenali sebagai masalah mabuk daun.
Jika menghadapi masalah seperti ini, anda boleh mengikuti tip penjagaan yang dikongsi oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan Hashimah Mohamad Shariff untuk memastikan pokok subur dengan baik dan kacang botor dapat menghasilkan buah dengan lebat.
Insya-Allah, hasilnya akan seperti ini.
Cara-cara menanam pokok kacang botor agar berbuah lebat
Siram air pada pokok dua kali sehari, pada waktu pagi dan petang.
Pokok memerlukan banyak air untuk membesar dengan baik.
Setelah anak benih tumbuh atau berumur 2 minggu, junjung atau pasang sokongan kayu untuk membantu pokok memanjat atau menjalar.
Bersihkan rumput yang tumbuh di sekitar pokok untuk menghindari persaingan dengan pokok dalam mendapatkan nutrisi, cahaya, dan air.
Gunakan baja organik seperti tahi ayam atau kompos. Baja boleh diberikan selepas mengutip hasil atau apabila pertumbuhan pokok semakin merosot.
Jika tanaman kacang tidak berbuah atau mengalami masalah daun layu, anda boleh menggunakan cara ini:
Buang daun-daun tua dan pucuk di bahagian pangkal pokok untuk memastikan pokok mendapat nutrisi yang mencukupi bagi pembentukan buah.
Dengan izin Allah, pokok akan menghasilkan buah dengan lebat.
Biasanya, kacang botor dapat dipetik hasilnya dalam masa 2 bulan setelah disemai.
Kutip kacang tersebut sebanyak 2-3 kali sehari untuk mengelakkan daripada mendapat buah yang sudah tua atau rosak.
Baca:
Ramai salah sangka simbol ‘rock’, rupanya ini maksud sebenar gaya tangan Tunku Azizah
Bermula dengan merokok di tandas sekolah, ini yang berlaku pada hari SPM
Heboh Siti Nordiana pakai baju pengantin, ada majlis besar Mei nanti