Realtime website trackingweb stats

‘Ikut hati, saya tak mahu bayar walau RM1’ Ini respon Zuraida selepas dapat diskaun RM9.9 juta

Oleh AHMAD ISMAIL

Mahkamah Rayuan hari ini mengurangkan jumlah bayaran yang perlu dijelaskan oleh Zuraida Kamaruddin

kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada RM10 juta kepada hanya RM100,000.

Keputusan ini dibuat setelah mempertimbangkan rayuan Zuraida berhubung tuntutan tersebut.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada See Mee Chun, Azman Abdullah, dan Ahmad Kamal Md Shahid

sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dibuat tahun lalu.

'Ikut hati, saya tak mahu bayar walau RM1' Ini respon Zuraida selepas dapat diskaun RM9.9 juta

Zuraida merupakan antara Ahli Parlimen PKR yang menyokong kumpulan pimpinan Muhyiddin Yassin melalui gerakan politik dikenali sebagai Langkah Sheraton.

Tindakan tersebut membawa kepada dakwaan bahawa Zuraida telah melanggar syarat bon RM10 juta yang ditandatangani dengan PKR selepas memenangi pilihan raya menggunakan lambang parti itu.

Ketua pasukan pembelaan, Azhar Azizan Harun, menyatakan bahawa mahkamah memutuskan jumlah tuntutan RM10 juta itu tidak munasabah. Sebaliknya, mahkamah berpandangan jumlah yang sesuai adalah berdasarkan perbelanjaan pilihan raya yang dibenarkan mengikut undang-undang, iaitu RM200,000 bagi kawasan parlimen. Namun, jumlah ini turut mengambil kira tempoh 22 bulan perkhidmatan Zuraida sebagai wakil rakyat PKR, sebelum dia meninggalkan parti.

Reaksi Zuraida

Selepas keputusan mahkamah, Zuraida berkata dia akan menjelaskan bayaran tersebut dalam wang kertas RM1, yang memerlukan 100,000 keping untuk menyelesaikan tuntutan itu.

“Walaupun mereka kini sudah menjadi kerajaan, mereka masih mahu mengutip derma. Jadi, kita bagilah mereka. Kalau ikut hati saya, saya tak mahu bayar walaupun RM1,” katanya kepada media selepas prosiding rayuan di Putrajaya.

BACA: Kenapa dalam lif ada cermin? Ini fungsinya