Nur Fazura yang sering diangkat sebagai ikon fesyen mengakui terkejut apabila dituduh berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’.
Semuanya bermula apabila warganet mendakwa Fazura kononnya berhibur di sebuah kelab malam di Jakarta, Indonesia, tanpa bertudung, sebaliknya, mengenakan ‘hoodie’.
Susulan itu, selebriti berkenaan yang memang kerap berulang alik ke Jakarta untuk menyiapkan album dan beberapa projek lain menafikan tuduhan liar tersebut.
Fazura atau nama sebenar, Nur Fazura Sharifuddin, 40, menyifatkan tuduhan itu amat berat dan cubaan memburukkan namanya.
“Sebenarnya, saya tidak mahu komen hal ini, tetapi, agak terkejut kerana saya fikir benda ini sudah habis. Bertahun-tahun saya terpaksa berdepan tuduhan seperti ini.
“Saya manusia biasa dan tidak pernah pun keluarkan kenyataan sayalah ‘terpaling’ solehah, saya mengaji dan solat setiap hari.
“Saya sedang berusaha ke arah kebaikan dan sentiasa mahu kekal istiqamah,” katanya pada sidang media acara Ngopi Bersama Fazura di sebuah hotel di Kuala Lumpur, 5 November.
Usahawan tudung dengan harga mampu milik itu bagaimanapun tidak menafikan ada kala dia berhibur untuk meredakan tekanan kerja, namun, masih ada batasan.
“Kadang-kadang saya pergi pusat karaoke dan makan bersama rakan-rakan. Banyak restoran sekarang yang gelap dan pasang muzik.
“Mungkin keadaan itu menyebabkan ada yang serkap jarang dan menuduh saya pergi ‘clubbing.
“Walaupun saya berhibur, namun, saya tetap ingat Allah. Tidak semestinya berhibur sampai lupa diri… Saya tahu batas saya,” katanya.
Dalam masa sama, isteri kepada aktor Fattah Amin ini mengaku selesa menjadi diri sendiri dan enggan hipokrit.
“Saya mahu jadi diri sendiri. Peminat pun tahu siapa diri saya… Saya tahu jaga batas. Saya tak kacau orang. Saya tidak pernah jatuhkan orang lain demi menaikkan diri sendiri.
“Doakan saya jadi muslimah yang baik. Jangan nanti daripada bertutup litup, kemudian keesokan hari, buka pula,” tamabahnya lagi.
Baca:
Tiada tapak kaki kanan, kaki kiri pula ada tiga jari, tapi sikap positif OKU cilik ini mengagumkan
Penjual tak tipu hanya kita ramai tak tahu, inilah maksud sebenar “daging lembu”, “susu segar”
Kecoh lelaki berjalan tengah laut, ada bot pula jemput, kalau ingat Geografi tak terkejut pun