Iklan judi raya mendapat kontroversi dan kecaman yang sangat hebat daripada rakyat Malaysia apabila video tersebut tular sewaktu bulan ramadhan.
Menggunakan judul “Hari Raya Berkaya”, video berdurasi 3 minit 18 saat itu jelas mempromosikan aktiviti judi secara dalam talian.
Video tersebut memaparkan dua pelakon masing-masing seorang lelaki dan wanita menceritakan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri apabila mendapat wang daripada aktiviti perjudian.
Video yang tular sejak 15 April lalu itu mengundang kecaman serta membangkitkan kemarahan masyarakat khususnya yang beragama
Islam.
Iklan tersebut yang pada mulanya menceritakan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri kemudiannya bertukar kepada promosi aktiviti perjudian bagi mendapatkan wang untuk menyambut perayaan dengan meriah.
Islam tidak pernah mengajar umatnya supaya mendapatkan rezeki daripada sumber yang tidak halal, melainkan memerintahkan umatnya supaya mencari dan memakan daripada benda-benda yang baik dan halal. Salah satu sumber yang tidak halal itu ialah judi.
https://youtu.be/BYQnWme6oR4