Ikat ‘hammock’ cederakan pokok, pendapat dua pensyarah ini mengundang pertikaian warganet

Oleh ADINDA

Bagi golongan pendaki atau mereka yang lazim dengan aktiviti dalam hutan seperti berkelah, merehatkan diri dengan berbaring atau lena seketika di dalam sejenis buaian yang dipanggil ‘hammock’ amat melegakan.

Namun, ramai dilihat tidak puas hati dan mempersoal dua pensyarah dari universiti awam berbeza apabila mendakwa tindakan mengikat ‘hammock’ mengakibatkan kecederaan pada pokok dan boleh mengakibatkan perkembangan tumbuhan itu terjejas.

Menerusi artikel bersama Prof Madya Dr Hasmahzaiti Omar dan Dr M Adli Mohd Sidi, mereka berkata, keseronokan menjalani aktiviti lasak sudah pasti memberi impak negatif kepada persekitaran dan komuniti hutan.

Baca Artikel Penuh