Realtime website trackingweb stats

Ikat ‘hammock’ cederakan pokok, pendapat dua pensyarah ini mengundang pertikaian warganet

Oleh SHAZLIN AZIZ

Bagi golongan pendaki atau mereka yang lazim dengan aktiviti dalam hutan seperti berkelah, merehatkan diri dengan berbaring atau lena seketika di dalam sejenis buaian yang dipanggil ‘hammock’ amat melegakan.

Namun, ramai dilihat tidak puas hati dan mempersoal dua pensyarah dari universiti awam berbeza apabila mendakwa tindakan mengikat ‘hammock’ mengakibatkan kecederaan pada pokok dan boleh mengakibatkan perkembangan tumbuhan itu terjejas.

Menerusi artikel bersama Prof Madya Dr Hasmahzaiti Omar dan Dr M Adli Mohd Sidi, mereka berkata, keseronokan menjalani aktiviti lasak sudah pasti memberi impak negatif kepada persekitaran dan komuniti hutan.

“Antara kesan akibat menebas pokok renek dan pokok-pokok yang mempunyai nilai tinggi untuk tujuan pembinaan tapak perkhemahan dan laluan merentas hutan, pembakaran unggun api yang boleh menyumbang kepada kebakaran hutan secara tidak sengaja dan kecederaan pokok hutan, pembuangan sampah serta sisa makanan dan lain-lain,” kata mereka.

Ikat ‘hammock’ cederakan pokok, pendapat dua pensyarah ini mengundang pertikaian warganet

Kedua-dua ahli akademik terbabit masing-masing dari Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Pahang Kampus Jengka, Pahang.

Mereka turut menegaskan bahawa sukan bermotor juga menyebabkan kerosakan struktur asal tanah dan membantutkan perkembangan pokok renek disebabkan oleh laluan kenderaan berat.

“Selain itu, tumpahan minyak jentera di atas air seperti jetski dan bot akan mengganggu kewujudan spesies pokok di kawasan berair serta mengakibatkan pencemaran air sungai dan ekosistem hidupan air serta haiwan liar daratan yang menggunakan air di persekitaran tersebut,” kata mereka.

Malah, ahli akademik terbabit berkata, tanpa disedari kunjungan beramai-ramai ke hutan turut menyumbang penyebaran penyakit berjangkit daripada manusia kepada haiwan liar dan sebaliknya.

Ikat ‘hammock’ cederakan pokok, pendapat dua pensyarah ini mengundang pertikaian warganet

Kata mereka juga, penyebaran penyakit berjangkit boleh berlaku melalui pembuangan sisa makanan secara tidak terurus selain ada yang turut berkongsi sisa makanan bersama haiwan atas dasar kasihan.

Baca:

Nelydia post gambar tak bertudung selepas pulang umrah, dia dah bagi hint bulan April lepas ramai tak sangka

Firdaus Wong, Caprice dakwa pendakwah terkenal tawar duit kepada keluarga Mondy Tattoo supaya tutup mulut

Dah kenapa pula banjir di Indonesia tapi salahkan Malaysia, netizen tanya “banjir boleh kirim pakai courier ke?”