Ikan hantu ini yang juga digelar ikan hodoh boleh mencecah harga antara RM90 hingga RM130 seekor bagi berat melebihi satu kilogram (kg).
Turut dipanggil ketutu atau marble goby, ikan ini menjadi buruan pengusaha restoran Cina yang sanggup menawarkan harga lebih tinggi.
Spesies ikan air tawar dengan nama saintifiknya ‘Oxyeleotris marmorata’ ini hidup di kawasan cetek berdekatan tebing sungai, tasik dan lombong tetapi kini semakin sukar diperoleh.
Rupanya, ikan ketutu banyak khasiatnya.
Masyarakat Cina percaya isi ikan tersebut yang padat dan lembut itu mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi dan semput.
Bagi golongan nelayan apabila ikan ketutu tersangkut pada jaring atau pukat, terperangkap dalam bubu atau terkena mata kail seolah-olah menemui ketulan emas kecil.
Nelayan sungai, Talam Hamid, 58, berkata, ikan ketutu yang tersangkut pada jaring mampu membawa hasil lumayan kepada keluarganya.
“Agak sukar untuk mendapat ikan ketutu sekarang berbanding 15 tahun lalu kerana ia semakin pupus akibat kurangnya pembenihan di sungai.
“Jika ia tersangkut pada jaring, kami sangat bersyukur dan tersenyum lebar.
“Jaring memerangkap ikan ini hanya boleh dipasang ketika arus sungai menjadi tenang sedikit berdasarkan perkiraannya juga petua sebaiknya hadap arah kiblat,” dipetik BH.
Dia yang ditemui di Pangkalan Nelayan Kampung Seberang Batu Badak di Segamat itu juga berkata, jaring tidak boleh dipasang jika arus kuat kerana ia akan bergulung akibat dibawa arus dan dikhuatiri penuh sampah sarap.
Jelas Talam, dia akan memasang jaring di beberapa lokasi yang disifatkan mereka sebagai lubuk ikan di Sungai Segamat dan Sungai Muar di Segamat serta muara Sungai Buloh Kasap.
“Biasanya mereka membiarkan jaring berkenaan semalaman sebelum menariknya keesokan hari. Selain ketutu, ikan yang lazim tersangkut pada jaring adalah ikan lampam, baung, lais dan anak baung,” katanya,
Ikan ketutu adalah antara ikan air tawar hidup di kawasan cetek berhampiran tebing sungai, tasik dan lombong yang semakin sukar diperoleh.
Baca:
Idea trendy hias ruang tamu, nampak elegan dan tenang
‘Buka dulu payung tepi jalan jual nasi lemak’ – Ini nasihat untuk orang baru lepas pencen
Memang renyah nak masak kuah laksa lemak, sekarang senang, guna sardin je pun boleh