Ibu boleh tawan hati anak dengan resipi donut susu ‘minion’ gebu, pasti licin!

Oleh ADINDA

Donut susu sememangnya popular di kalangan ramai kerana rasanya yang sedap dan berlemak.

Jika anda berminat untuk mencuba membuatnya sendiri di rumah.

Ikuti resepi ini akan menghasilkan donut yang gebu seperti kapas dan berongga di dalam.

Donut susu kuning ini sungguh gebu seperti kapas dan lembut serta berongga tau!

Bahan-bahan:

 Ibu boleh tawan hati anak dengan resipi donut susu 'minion' gebu, pasti licin!

  • Yis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 8sb tepung roti (tepung high protin)
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1/4 cawan full cream milk
  • 1 sudu besar majerin
  • 1 sudu besar K-fine cream super (untuk gebukan roti)
  • Pewarna kuning gel base food colouring

Cara-cara penyediaan:

1. Rendam 1 1/2 sudu besar yis dalam 30ml air suam selama 30 hingga 40 minit.

2. Gaul semua bahan dalam mesin pembuat roti dan tetapkan pada mode “Dough”.

3. Jika adunan terlalu lembut, tambahkan tepung.

4. Jika adunan terlalu keras, tambahkan susu.

5. Apabila adunan sudah terbentuk, titiskan pewarna.

6. Kemudian, selepas 1 jam 30 minit, matikan mesin dan keluarkan adunan.

7. Letakkan adunan dalam mangkuk atau bekas dan tutup dengan plastik wrap.

8. Biarkan adunan mengembang sepenuhnya dalam mangkuk selama kira-kira 1 jam kemudian tekan adunan untuk membebaskan udara dan ratakan.

9. Bahagikan adunan kepada bahagian yang sama beratnya, kira-kira 35g setiap satu.

10. Selepas itu, bulatkan adunan dan letakkan di atas kertas pembakar. Ketika melakukan langkah ini, tidak perlu ditabur dengan tepung kerana kertas pembakar berfungsi untuk mencegah donat melekat.

11. Tekan adunan dan buat lubang di tengah donat. Tutup donat dengan kain selama kira-kira 15 minit untuk membolehkan ia mengembang.

12. Goreng dengan api sederhana. Jangan terlalu perlahan kerana donut akan menyerap minyak.

13. Bila dah masak, angkat dan toskan.

Biarkan sehingga sejuk dan boleh dipeluk dengan susu tepung serta gula icing.

Selamat mencuba!

Kredit: Fienaz Shafie

Baca:

Caprice nak jumpa depan-depan lelaki ini, apa kes tu?

Alif Aziz menangis, dedah punca sebenar gaduh dengan Bella, sedia lepaskan

Siap bangkit masa kerja separuh hari, ada yang iri hati dengan kenaikan gaji penjawat awam