Ibu mana tidak terkejut apabila anak sendiri menjadi punca masalah di sekolah sehingga habis rakan sekelas mabuk dan tertidur di kelas.
Itu yang terjadi di China apabila sejumlah murid di Xiamen mabuk selepas diberi minum bir di sekolah.
Dalangnya ialah seorang kanak-kanak lelaki yang baru berumur tujuh tahun. Rupa-rupanya dia diam-diam bawa keluar dua botol bir dari rumahnya.
Akibatnya, budak nakal itu dikenakan ‘hukuman’ menghadap ke dinding.
Menerusi klip video yang tular, ibu tersebut kedengaran membebel sambil menceritakan kenakalan anaknya.
“Saya tidak tahu bila dia ambil dua botol bir tersebut dari peti sejuk,” katanya dengan nada berang.
Beliau juga berkongsikan tangkap layar perbualan bersama guru yang mengadukan hal mengejutkan itu.
Susulan aduan guru itu, ibu budak nakal tersebut terpaksa memohon maaf kepada guru dan ibu bapa murid yang terbabit.
Rata-rata pengguna media sosial menasihatkan ibu bapa wajar memberi lebih perhatian kepada anak masing-masing ketika di rumah.
Ada juga warganet berpendapat mujur tidak berlaku akibat lebih besar terhadap kanak-kanak yang hanya ingin tahu tentang bir.
“Jika sesuatu berlaku, ia bukan sesuatu yang boleh diselesaikan dengan pukulan,” kata seorang netizen.
Baca:
10 fakta unik peminat kucing wajib tahu, barulah faham setiap gerak geri si oyen ni
Ramai takut dengan polis tapi mereka pun manusia biasa, tindakan PDRM ini raih pujian ramai
Ada di gigi empangan saja, ketahui 11 fakta menarik Masjid Lama Machap