Personaliti media sosial dari Indonesia, Fitri Meliana atau lebih dikenali sebagai Meli Joker nekad untuk mengambil nyawanya sendiri dengan menggantung diri semasa bersiaran langsung di laman Instagram miliknya.
Kematian seorang wanita berumur 31 tahun itu disaksikan oleh beberapa pengikutnya.
Kejadian berlaku di rumah individu tersebut pada Ahad lepas sekitar jam 4 pagi.
Menurut pihak polis, satu hari sebelum peristiwa berlaku, Meli dilaporkan terlibat dalam pertengkaran dengan teman lelakinya.
Mayat Meli kemudian ditemui tidak lama selepas itu oleh salah seorang ahli keluarganya.
Pihak polis juga mengesahkan bahawa tiada unsur keganasan jenayah dikesan dalam kes ini.
Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh daripada pihak polis, mangsa dikatakan telah mengambil keputusan untuk menggantung diri disebabkan dalam hubungan cinta dengan kekasihnya tidak direstui oleh keluarganya.
Baca:
Anak lelaki pun kena jaga pergaulan mereka,banyak kes HIV dan Aids dalam peringkat umur ini