Realtime website trackingweb stats

Ibu bangga anak tak skor A dalam SPM-“yang penting anak I dapat laki!”

Oleh AHMAD ISMAIL

Selepas pengumuman keputusan SPM baru-baru ini, pelbagai video yang berkongsi reaksi ahli keluarga mula tersebar di media sosial.

Namun, satu video yang menjadi viral adalah daripada seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Shakilla Miezam.

Dalam video tersebut, wanita itu kelihatan seolah-olah tidak kisah tentang keputusan SPM anaknya dan sebaliknya,

nampaknya dia bangga bahawa anaknya berkahwin selepas menamatkan sekolah.

“Dahlah orang lain dapat sambung belajar, anak I lepas SPM dapat laki.

Ibu bangga anak tak skor A dalam SPM-"yang penting anak I dapat laki!"

Walaupun tak ada A pun tapi yang penting dapat laki!” ujarnya dengan bangganya.

Komen-komen di ruangan komen video itu kebanyakannya tidak bersetuju dengan pendirian wanita tersebut, malah ada yang mengutuknya.

“Nasib baik bukan mak aku,” komen seorang netizen.

“Tiba-tiba bersyukur sangat dapat parents yang strict ALHAMDULILLAH,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

BACA: Patutlah orang berniaga nasi lemak laku keras, ini rahsianya rupanya, di rumah pun boleh buat