Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menyampaikan ucapan terima kasih
kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas sokongan terhadap pelaburan Hyundai Motor di Kulim.
“Saya ucap terima kasih kepada sokongan yang diberi oleh PMX (Perdana Menteri) kepada pelaburan Hyundai Motor.
“Kita sokong Hyundai Motor masuk melabur. Terima kasih kepada kerajaan Persekutuan… mailah ke Kulim,
Mailah bila pun, mailah siapa pun (datanglah ke Kulim, bila-bila masa dan siapa saja pelabur),” katanya ketika
menggulung perbahasan Belanjawan Kedah 2025 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, hari ini.
Hyundai Motor Sahkan Pelaburan di Kulim
Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Kedah menegaskan bahawa pengumuman pelaburan Hyundai Motor membuktikan tiada sebarang usaha untuk menggagalkan pelaburan swasta di Kedah. Kenyataan itu sekaligus menyangkal dakwaan Muhammad Sanusi sebelum ini.
Pengumuman Hyundai Motor Company (HMC) mengenai pelaburan bernilai RM2.16 bilion di Kulim akan melibatkan pembinaan kilang pengeluaran kereta berteknologi enjin pembakaran dalam (ICE) dan hibrid.
Pengumuman itu dibuat semasa lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri ke Korea Selatan baru-baru ini.
Dakwaan ‘Agenda Besar’ untuk Menggagalkan Pembangunan di Kedah
Pada Isnin lalu, ketika sesi soal jawab lisan di DUN Kedah, Muhammad Sanusi mendakwa terdapat ‘agenda besar’ untuk menggagalkan projek pembangunan yang dirancang di negeri itu.
Bagaimanapun, pengumuman pelaburan oleh Hyundai Motor dianggap sebagai bukti bahawa pelaburan di Kedah masih mendapat sokongan, termasuk daripada kerajaan Persekutuan.
BACA: Ini cara betul pakai perfume bagi lelaki dan perempuan confirm seharian wangi!