KEMUSNAHAN HUTAN DI MALAYSIA DALAM DEKAD INI
Sepanjang dekad ini (2010-2019) Malaysia terus menjadi salah satu negara tertinggi dunia dalam kadar kemusnahan hutan jika dinisbahkan atau dibandingkan dengan liputan hutan yang sedia ada. Kebanyakan punca kemusnahan hutan adalah disebabkan pembukaan ladang monokrop (pokok satu jenis spesis) seperti ladang sawit, getah, durian musang king dan sebagainya.
Menurut kajian Mongabay, Sabah dan Sarawak mencatatkan kadar pembukaan hutan yang amat tinggi unutk penanaman kelapa sawit sehingga mengancam hak asasi Orang Asal. Namun telah ada juga usaha untuk mewartakan kawasan perlindungan yang baru untuk konservasi terutamanya di Sabah.
Namun, di sekitar penghujung 2010an, kedua-dua negeri tersebut merancang untuk menjalankan projek lebuhraya mega pan-borneo yang bakal menyaksikan pembukaan dan penebangan hutan lagi.
Daripada pandangan serantau, Afrika mengalami peningkatan terbesar dalam kehilangan hutan pada tahun 2010-an, dengan kadar kerugian lebih daripada dua kali ganda untuk kedua-dua kawasan yang dilitupi pokok dan hutan primer.
Seperti yang berlaku pada tahun 2000-an, hutan tropika mengalami bencana kebakaran pada sekitar tahun 2010. Bencana ini biasanya berlaku berpunca daripada keadaan kekeringan sangat teruk sehingga tercetus fenomena El Nino (ENSO). Kebakaran hutan mendapat perhatian hebat apabila asapnya mula menyelubungi ke kawasan utama penduduk dan tempat tinggal, seperti kebakaran di Indonesia pada tahun 2015 dan 2019, dan kebakaran di Amazon Brazil pada tahun 2019.
Menurut Dr Muhammad Ashraf Fauzi, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Industri Universiti Malaysia Pahang, kebakaran hutan Amazon di Brazil, meninggalkan impak yang sangat besar kepada penduduk dunia. Hutan yang menjadi ‘paru-paru’ dunia ini dilaporkan musnah sebahagiannya.
Kebakaran di hutan Amazon melepaskan 228 mega tan karbon monoksida, sekali gus mengancam lebih 300 spesies flora dan fauna.
Akan tetapi apakah kaitan kebakaran hutan Amazon ini dengan negara kita Malaysia? Apakah iktibar yang boleh diambil rakyat Malaysia, yang jaraknya kira-kira 16,000 kilometer (km) dari hutan ini.
Hutan Malaysia dan Amazon, kedua-duanya dikategorikan hutan hujan tropika. Kedua-duanya mempunyai iklim yang hampir sama.
Apabila kejadian kebakaran besar berlaku dan didedahkan kepentingan hutan Amazon ini yang membekalkan 20 peratus jumlah oksigen dunia, barulah masyarakat dunia cakna akan kepentingannya.
Begitu jugalah keadaannya di Malaysia, wujud banyak hutan simpan dan hutan dara yang dikategorikan sebagai terancam akibat pembangunan yang terlampau pesat.
Kejadian seperti kebakaran hutan Amazon mungkin akan terjadi di Malaysia jika semua pihak tidak mengendahkan dan tidak mengambil pengajaran sebaik mungkin.
Sebelum ini tular, beberapa buah lori balak membawa pokok-pokok balak yang besar dengan anggaran usia ratusan tahun kelihatan di atas lebuh raya dalam keadaan PKP di seluruh negara. Hasil pemeriksaan terhadap balak gergasi yang dikeluarkan itu, dipercayai satu permohonan telah dibuat oleh pelesen Syarikat Zee Utuh Enterprise kepada Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan untuk memindahkan kayu itu ke Kilang Hong Seng Sawmil co,di Rawang, permohonan itu diluluskan pada 18 Mei.
Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Terengganu pula berkata, kerajaan tidak boleh membatalkan kelulusan itu kerana syarikat terlibat telah mengeluarkan perbelanjaan untuk pelbagai perkara berkaitan.