Realtime website trackingweb stats

Himpunan meriah konon sambut Sanusi di Johor tipu, polis cari siapa edit video program KL Munajat

Oleh ADINDA

Himpunan meriah konon sambut Sanusi di Johor tipu, polis cari siapa edit video program KL Munajat.

Polis menafikan berlangsungnya himpunan menyambut kunjungan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Johor seperti video tular di media sosial.

Sebaliknya, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, video itu didapati disunting daripada program KL Munajat bersama pendakwah Ustaz Abdul Somad, Sheikh Aleey Qodir At-Thohiri dan Nur Ali Badar yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, 15 Julai lalu.

“Siasatan terhadap video tular di TikTok menerusi akaun @longkai_official2 yang menyatakan sambutan kepada Muhammad Sanusi di negeri ini, mendapati ia disunting daripada program KL Munajat.

“Video itu juga disunting dengan memasukkan sorakan ‘luaskan kuasamu Johor’ untuk perkongsian pengguna media sosial lain.

“Hal ini dilihat berunsur provokasi dan fitnah yang boleh mendatangkan tanggapan buruk masyarakat. Justeru polis membuka kertas siasatan dan sedang mengesan individu bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perbuatan membuat spekulasi dan menyebarkannya boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai dakwaan yang diperoleh daripada sumber yang tidak sah dan berkongsi maklumat tersebut hingga boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Baca:

Berkelah dengan meja tergantung 90 meter tinggi, bayaran 15 minit pun dah ‘gayat’ dengar

Selamba peniaga ni guna Alphard jual nasi berlauk, di rumahnya mungkin ada kereta lagi mewah

Terlajak cakap buruk padahnya, hinalah majikan atau rakan sekerja dalam grup WhatsApp jika mahu dipecat