Berita baik untuk rakyat Malaysia! Tol percuma selama sebulan bagi pengguna Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), bermula 21 November hingga 2 Januari 2024, dari jam 12.01 pagi.
Datuk Sri Alexander Nanta Linggi , Menteri Kerja Raya, mengumumkan pengecualian tol untuk Seksyen 6 Lebuhraya WCE, dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara ke Plaza Tol Assam Jawa.
Tol percuma ini berkuatkuasa selama 43 hari hingga 2 Januari 2023, jam 11.59 malam, dan terbuka untuk pengguna yang memasuki atau keluar dari Seksyen 6 Lebuhraya WCE.
Selain itu, sepanjang 21.8 kilometer ini dijangka membuka penuh pada Selasa, jam 12.01 malam, menghubungkan lebuh raya dari Kapar ke Assam Jawa, Selangor.
Pengguna boleh menjangkau destinasi menarik seperti Bandar Warisan Batu Arang, Bukit Malawati, Sky Mirror, dan Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan dengan lebih mudah.
Selain itu, pengurangan masa perjalanan dari Kapar ke Assam Jawa, dari 45 minit kepada 15 minit, diharapkan memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pengguna lebuh raya.
Pembukaan Lebuhraya WCE Seksyen 6 dijangka memberi impak positif terhadap industri pelancongan tempatan dan memberi peluang baru untuk perniagaan tempatan.
Lebuhraya ini juga memberi manfaat kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta mempunyai sambungan terus dengan Lebuhraya LATAR, memperkukuh kesalinghubungan dalam rangkaian lebuh raya untuk kemudahan pengguna.
Empat seksyen pertama Lebuhraya WCE telah dibuka sebelum ini pada 2019, merangkumi tiga seksyen di Perak dan satu seksyen di Selangor.
Baca:
Beg tangan harga lebih RM20,000, gajus, petikan filem Tiga Abdul heboh jadi sebutan
Mawar Rashid makin hot lepas bukak tudung, tapi netizen dakwa muka makin kurang seri
Rupanya elok beli telur di pasaraya, ini tips mahu untung beli lauk mentah