Pelakon veteran, Lan Zailan, 66, atau nama penuhnya Zailan Kamaruddin, disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat
selepas seminggu menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) baru-baru ini.
Berita sedih itu disampaikan oleh isterinya, Ruby Sara Omar, menerusi satu mesej WhatsApp
selepas mendapatkan penjelasan daripada doktor yang merawat suaminya.
Menurut Ruby, sel kanser tersebut telah merebak ke organ lain, menyebabkan keadaan kesihatan Lan semakin merosot
.
“Ruby nak maklumkan bahawa doktor dah sahkan Lan menghidap kanser pankreas tahap empat.
“Doktor juga memaklumkan jangka hayat Lan hanya tinggal tiga bulan, tapi itu kata doktor. Sel kanser telah merebak ke bahagian hati dan paru-paru.
“Mohon sahabat-sahabat terus beri semangat kepada Lan. Jika ada salah silap, mohon maafkan dia,” katanya.
Kesihatan Merosot Sejak Oktober
Lan sebelum ini dimasukkan ke PPUM akibat batuk yang berpanjangan setelah kesihatannya semakin menurun sejak Oktober lalu.
Kurang menerima tawaran berlakon sejak setahun lalu, pelakon filem Bini-Biniku Gangster itu sebelum ini terpaksa menjual kereta kesayangannya, sebuah Daihatsu Charade, dengan harga RM5,000 untuk menampung kehidupan.
Berita mengenai kesihatan Lan Zailan ini mendapat perhatian ramai, dengan para peminat dan rakan artis mendoakan agar beliau terus tabah menghadapi ujian ini.
BACA: Keputusan RCI Pulau batu puteh telah dibuka, cadang heret Tun M untuk disiasat